Ahli Parlimen PAS gesa Jabatan Amal diberi elaun seperti Skuad Sabil Umno Posted on 13/11/2024 By udot Abdul Latiff Abdul Rahman mendakwa Jabatan Amal diselia Pemuda PAS lebih berpengalaman mengendalikan operasi ketika bencana berbanding Skuad Sabil Umno. (Gambar PAS) KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen PAS mencadangkan kerajaan turut memberikan elaun kepada pasukan sukarelawan partinya dikenali Jabatan Amal dengan mengiktiraf sebagai sebahagian ahli Angkatan Pertahanan Awam (APM). Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mendakwa ini kerana pasukan diselia Pemuda PAS itu lebih berpengalaman dalam mengendalikan operasi ketika bencana berbanding Skuad Sabil di bawah Umno yang menikmati elaun khas dari kerajaan. “Jika Skuad Sabil boleh diiktiraf kerajaan sebagai ahli APM mengapa tak iktiraf Jabatan Amal?. “Pasukan itu banyak membantu orang awam termasuk pada waktu bencana tanpa sebarang elaun dan turun secara sukarela…lebih berpengalaman daripada Skuad Sabil,” katanya ketika berbahas peringkat jawatankuasa Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat. Abdul Latiff Abdul Rahman. Beliau turut meminta kerajaan menjelaskan peruntukan dikeluarkan kerajaan untuk memberi elaun kepada Skuad Sabil, selain skop tugas pasukan sukarelawan terbabit. Pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 berlangsung Ogos lalu, Presidennya Zahid Hamidi yang juga timbalan perdana menteri mengumumkan Skuad Sabil menjadi sebahagian daripada APM dan diberikan elaun. APM diletak di bawah Zahid yang juga pengerusi jawatankuasa bencana negara. Bagaimanapun, pengumuman itu mencetuskan pertikaian khususnya oleh pembangkang yang mempersoalkan mengapa jentera di bawah Umno boleh diberikan elaun menggunakan dana kerajaan. News
‘Continue to provide the best to Bangsa Johor’: MB announces state civil servants to get two-month salary incentive Posted on 22/11/2024 ISKANDAR PUTERI, Nov 21 — Johor government state and federal civil servants who are paid by the state government will receive a special excellence incentive amounting to two months’ salary. Johor Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi said the incentive is a token of appreciation for the dedication and commitment… Read More
Eight dead, 17 hurt, in China school knife attack Posted on 17/11/2024 Violent knife crimes were not uncommon in China, where firearms were tightly regulated, but attacks with such a high death toll were relatively rare. (AP pic) BEIJING: Eight people were killed and 17 others wounded Saturday in a knife attack at a vocational school in eastern China, and the suspect… Read More
Health ministry staff involved in false Socso claims probe back to work Posted on 20/11/2024 MACC had remanded 36 suspects in connection with the Socso disability claims in September, comprising five orthopaedic specialists, 19 claimants, nine agents and three runners. (Reuters pic) PETALING JAYA: The five health ministry officials in Penang allegedly involved in falsifying Social Security Organisation (Socso) disability claims have resumed their duties…. Read More