Selangor bentang Belanjawan 2025 RM3 bilion Posted on 15/11/2024 By udot Bertemakan ‘Selangor Dinamik: Cita Sempurna Malaysia Madani’ belanjawan itu akan digerakkan melalui lima teras utama. SHAH ALAM: Kerajaan Selangor membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM3 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri itu tahun depan. Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata daripada jumlah itu sebanyak RM1.7 bilion atau 56.7% diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM1.3 bilion (43.3%) bagi tujuan pembangunan. Beliau berkata, peruntukan mengurus, perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan menjadi komponen terbesar yang mencakupi 38.7% daripada jumlah keseluruhan. “Perbelanjaan mengurus ini termasuk pelarasan kenaikan skim gaji penjawat awam, khidmat kawalan keselamatan dan kontrak penyelenggaraan yang masing-masing melibatkan 26 jabatan, elaun majlis pengurusan komuniti kampung, peruntukan bagi elaun jawatankuasa dan petugas masjid serta sewaan bangunan ibu pejabat dan sembilan buah Mahkamah Rendah Syariah,” katanya ketika membentangkan belanjawan itu Dewan Negeri Selangor. Memperincikan selanjutnya, Amirudin yang juga Adun Sungai Tua berkata peruntukan perbelanjaan pembangunan bagi 2025 meningkat RM100 juta atau 8.3% berbanding 2024 dengan tumpuan kepada sektor infrastruktur berbanding sosial. Peruntukan sektor infrastruktur merangkumi 31.09% dari peruntukan pembangunan dengan nilai RM404.17 juta, antara lainnya bagi menyokong keterjaminan bekalan air bersih, pengurusan sisa pepejal lebih efisien, menaik taraf jalan raya dan saliran bagi mempromosi Tahun Melawat Selangor 2025 serta persediaan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2026. “Walaupun sektor sosial bukan lagi tumpuan utama, peruntukan bagi tujuan pembangunan sosial berjumlah RM354.08 juta atau 27.24%, kekal sebagai antara agenda pembangunan utama kerajaan negeri. “Penekanan kepada program kesihatan dan kebajikan warga emas masih diteruskan, sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam menambah baik sistem perlindungan sosial yang merangkumi kebajikan, pendidikan dan pengukuhan ekonomi golongan sasar sebagai teras kesejahteraan rakyat,” katanya. Amirudin turut menzahirkan komitmen pentadbirannya untuk membantu meningkatkan ekonomi rakyat dengan memperuntukkan RM380.7 juta atau 29.29% bagi pembangunan sektor ekonomi. Peruntukan selebihnya menumpukan bidang tumpuan utama meliputi sektor pendidikan berjumlah RM96.4 juta iaitu 7.42 peratus, katanya. “Sektor kesihatan berjumlah RM40 juta atau 3.08% dari keseluruhan peruntukan pembangunan dan baki RM24.5 juta atau 1.88 peratus bagi pembangunan luar bandar,” katanya. Bertemakan ‘Selangor Dinamik: Cita Sempurna Malaysia Madani’, belanjawan itu akan digerakkan melalui lima teras utama iaitu Kecerdasan Buatan dan Pemangkin Kemajuan Ekonomi Negeri; Mendukung Hasrat Alam Sekitar Mampan dan Infrastruktur Berkualiti; Memupuk Negeri Penyayang; Menjuarai Tadbir Urus Cekap dan Wibawa serta Membugar Ekonomi, Kebudayaan dan Pembangunan Generasi Muda. News
No respite in Terengganu as thousands still displaced by floods Posted on 21/11/2024 KUALA TERENGGANU, Nov 21 — The flood situation in Terengganu has not changed much, with the number of affected victims at 2,579 people as of 8 am today compared to 2,581 individuals last night. The State Disaster Managemend Committee Secretariat (JPBNT) said that the Kemaman district recorded the highest number… Read More
Taipei closes probe into exploding pagers in Lebanon Posted on 11/11/2024 Gold Apollo’s president and founder Hsu Ching-kuang was questioned by Taipei prosecutors. (AP pic) TAIPEI: Taiwan today said it had closed a probe into pagers that exploded in Lebanon in September and caused a deadly blow to Iran-backed Hezbollah, saying no Taiwanese citizens or companies were involved. Israeli media reported… Read More
Gaza Hamas ministry says over 20 killed in aid-looter operation Posted on 19/11/2024 Only 11 of the World Food Programme’s 109 trucks reached the warehouse via Kerem Shalom near the Egyptian border. (EPA Images pic) GAZA: Gaza’s Hamas-run interior ministry said Monday at least 20 people were killed in an operation targeting “gangs” that looted trucks bringing aid into the war-torn territory threatened with… Read More