Saya hanya seloroh, kata Adun Sabah terpalit skandal rasuah Posted on 16/11/2024 By udot Adun Tempasuk Mohd Arsad Bistari berkata perbualannya dalam rakaman itu adalah komunikasi bersifat ringan yang dimanipulasikan. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Adun Tempasuk Mohd Arsad Bistari menjelaskan perbualannya dalam video tular dikaitkan dengan dakwaan skandal rasuah dibuat secara berseloroh. Arsad berkata, rakaman itu disunting dan disebar dengan niat jahat namun beliau sudah menyedari ada niat tidak baik ketika dikunjungi individu yang berbual dengannya. “Saya ingin menjelaskan bahawa perbualan saya dalam rakaman yang disunting dan disebar dengan niat jahat itu dilakukan secara berseloroh dan bukan dalam konteks serius. “Saya mengesyaki individu yang bertemu dengan saya mempunyai niat yang tidak jelas dan atas tanggapan itu saya berbual secara sarkastik dan tidak formal. “Tidak wajar untuk merumuskan bahawa perbualan itu adalah pengakuan atau tindakan yang bersifat melanggar undang-undang,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro. Pendedahan klip video memaparkan Arsad sedang berbual mengenai projek dengan individu yang merakam video itu adalah yang ketiga tersebar selepas video menunjukkan Adun Kemabong Rubin Balang dan klip audio dikaitkan dengan suara Adun Sindumin Yusof Yacob. Rakaman itu didakwa diserahkan pemberi maklumat sebelum disebarkan melalui portal berita. Arsad berkata, perbualannya dalam rakaman itu adalah komunikasi bersifat ringan yang dimanipulasikan untuk memberi gambaran negatif terhadap dirinya. “Tuduhan bahawa saya menerima komisen atau ‘jolok’ adalah satu fitnah yang tidak berasas dan direka untuk merosakkan reputasi saya di mata masyarakat. “Saya juga ingin memperjelas bahawa saya menghormati kedudukan serta budi bicara Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun dan Ketua Menteri Hajiji Noor. “Tuduhan bahawa saya menyalahkan mereka atau menyatakan projek saya ‘dihalang’ adalah tidak benar dan sengaja diputar-belit termasuk dakwaan pembabitan Adun Kawang, Pantai Dalit, Tanjung Batu dan Labuk dalam perbualan itu. “Saya hanya merujuk kepada cabaran dalam melaksanakan projek besar di Sabah, di mana proses kelulusan membabitkan banyak pihak dan tahap prosedur yang tinggi,” katanya. Beliau sedia dan komited bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa lain jika diperlukan. News
Envoy: PM Anwar’s four-day visit to Egypt set to break new ground, discuss regional issues like Palestine Posted on 09/11/2024 CAIRO, Nov 9 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s four-day official visit to Egypt starting today is set to mark a significant milestone in the relations between Malaysia and Egypt, said Malaysia’s Ambassador to Egypt, Datuk Mohd Tarid Sufian. He said the visit, at the invitation of President Abdel… Read More
Malcolm X’s family sues US law enforcement agencies over assassination Posted on 16/11/2024 Malcolm X became prominent in the US as the national spokesman of the Nation of Islam. (AFP pic) ATLANTA: The family of Malcolm X, a rebel civil-rights leader who was assassinated almost 60 years ago, filed a US$100 million federal lawsuit today that accuses the FBI, CIA and New York… Read More
Dewan Bahasa denies destroying Iban literature, books Posted on 10/11/2024 Dewan Bahasa dan Pustaka said researchers and the public could inspect the preserved titles by visiting the Borneo collection at its Sarawak branch. KUALA LUMPUR: The national language and literature agency Dewan Bahasa dan Pustaka has denied allegations in a Facebook page that Iban literature and books had been burned… Read More