Lawatan PM ke Brazil kukuh hubungan diplomatik 65 tahun Posted on 17/11/2024 By udot Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang media sempena Sidang Kemuncak Apec 2024. (Gambar Bernama) LIMA: Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Brazil berlangsung dari 16 hingga 19 Nov bakal mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin selama 65 tahun selain dapat meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan. Menteri Luar Negeri, Mohamad Hasan, berkata lawatan kerja tersebut terdiri dua komponen utama: pertama, pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil Luiz Inácio Lula Da Silva, pada 17 Nov dan kedua, penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20 di bawah kepengerusian Brazil pada 18 hingga 19 Nov. “Kali terakhir Malaysia menghadiri Sidang G20 ialah pada 2015 di Turki, selaku pengerusi Asean ketika itu. Tahun 2025 amat signifikan kepada Malaysia dan Brazil.” “Tatkala Malaysia menjadi pengerusi Asean, Brazil akan menerajui BRICS dan turut menjadi tuan rumah bagi Persidangan Pihak-Pihak ke-29 (COP29) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC),” katanya kepada pemberita hari ini. G20 dianggotai 19 negara dan dua kesatuan iaitu Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Korea Selatan, Turki, United Kingdom, Amerika Syarikat Kesatuan Eropah (EU) dan Kesatuan Afrika (AU). Ia merupakan perkumpulan geoekonomi yang amat berpengaruh dalam sosioekonomi, perdagangan dan kewangan dunia selain memainkan peranan penting dalam menentukan piawaian antarabangsa dalam hal ehwal ekonomi dunia. Pertemuan dua hala, perbincangan dengan industri Brazil Dalam pertemuan dua hala antara perdana menteri dan Presiden Lula, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai peluang untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Brazil. Katanya, topik utama perbincangan termasuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, serta memajukan industri halal yang berpotensi. Malaysia dan Brazil akan turut membincangkan isu global yang berkepentingan bersama seperti perubahan iklim, reformasi institusi antarabangsa termasuk perhimpunan agung PBB, dan pembaharuan sistem kewangan global. Mohamad berkata, satu perbincangan meja bulat dengan pemain industri Brazil juga dijadualkan diadakan untuk mempromosikan peluang perniagaan, khususnya dalam sektor semikonduktor dan halal. Penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20 Beliau berkata, salah satu tumpuan utama lawatan ini adalah penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak G20 yang bertemakan ‘Building a Just World and a Sustainable Planet’ (Membina Dunia dan Planet yang Lestari). Di bawah Kepengerusian Brazil, G20 akan melancarkan ‘Global Alliance against Hunger and Poverty’ yang bertujuan membasmi kemiskinan dan kelaparan di seluruh dunia. Tema ini selaras komitmen kerajaan Madani dalam meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat Malaysia, terutama dalam usaha membasmi kemiskinan tegar. Pada 18 Nov, Anwar yang juga menteri kewangan akan menyampaikan pandangan Malaysia dalam dua sesi penting G20: pertama sesi ‘Social Inclusion and the Fight against Hunger and Poverty’, dan kedua sesi ‘Reform of Global Governance Institutions’. Katanya, kedua-dua sesi ini, memberi peluang kepada Malaysia untuk menyuarakan pandangan mengenai inisiatif untuk menangani isu kemiskinan, ketidaksetaraan, dan reformasi sistem pemerintahan global. News
Over RM12.8b in unclaimed money still waiting for its rightful owners, finance minister II calls for action Posted on 14/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 14 — Companies and firms have handed over RM17 billion in unclaimed money to the Accountant General’s Department with RM4.2 billion successfully claimed by rightful owners as of Oct 31. Finance Minister II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, when winding up the debate on the Supply Bill… Read More
MACC grills FashionValet founders for sixth day running over RM43.9m investment loss probe Posted on 14/11/2024 PUTRAJAYA, Nov 13 — The founding couple of FashionValet Sdn Bhd, linked to the investment loss of Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) and Permodalan Nasional Bhd (PNB), continued giving their statement to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC). The vehicle carrying the couple arrived at MACC headquarters here at 2.50pm. Today marks… Read More
After Shafee complains about Najib’s SRC trial reports, NUJ says don’t blame the media Posted on 21/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 21 — The media is at no fault for factual reporting on former prime minister Datuk Seri Najib Razak’s SRC International Sdn Bhd case, the National Union of Journalists Malaysia (NUJM) said today. The NUJM was responding to Najib’s lead defence lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah’s… Read More