Polis siasat pengiring VIP langgar kereta orang awam Posted on 18/11/2024 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman berkata polis menerima laporan berkait kejadian melibatkan kenderaan pengiring dengan sebuah kereta Proton Saga. PETALING JAYA: Insiden tular kereta pengiring orang kenamaan yang merempuh kenderaan orang awam dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), di Seremban, semalam, sedang dalam siasatan polis. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Yusri Hassan, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan nahas melibatkan dua kereta berkenaan. “JSPT sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan. “Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan diminta memberi maklumat untuk melengkapkan siasatan,” katanya kepada Utusan Malaysia. Terdahulu, tular rakaman kamera papan pemuka menunjukkan sebuah kenderaan petugas polis sedang mengiringi VIP telah merempuh kereta jenis Proton Saga, seperti dimuat naik di Facebook, sejak petang tadi. Dalam rakaman tersebut memaparkan kereta pengiring itu memandu laju ketika hujan, sebelum melanggar bahagian belakang Proton Saga. News
Over RM12.8b in unclaimed money still waiting for its rightful owners, finance minister II calls for action Posted on 14/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 14 — Companies and firms have handed over RM17 billion in unclaimed money to the Accountant General’s Department with RM4.2 billion successfully claimed by rightful owners as of Oct 31. Finance Minister II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, when winding up the debate on the Supply Bill… Read More
Bekas peguam negara antara 4 ahli baharu JAC Posted on 18/11/2024 Tempoh pelantikan Idrus Harun, Zainun Ali, Talat Mahmood Abdul Rashid and Hartini Saripan berkuatkuasa hingga 31 Okt 2026. KUALA LUMPUR: Bekas peguam negara Idrus Harun antara empat individu dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang baharu bagi tempoh dua tahun mulai 1 Nov lalu. Turut dilantik ialah bekas hakim… Read More
Whale carcass found at Pulau Seduku in Sarawak raises public interest and wildlife concerns (VIDEO) Posted on 20/11/2024 KUCHING, Nov 20 — The carcass of a whale was found at Pulau Seduku near Kampung Bakong, Sri Aman. According to a TikTok video by user Real Stella, such a spectacle was the first time ever in the area. In the video, a man in a voiceover said the whale’s… Read More