Harga 20 barangan segar turun lebih 10% Jun-Julai, kata Rafizi Posted on 19/11/2024 By udot Barangan segar yang lebih murah Julai lalu termasuk timun, kacang buncis, cili padi, kubis, daging kambing, anggur merah, lada benggala, saderi dan limau kasturi. PETALING JAYA: Harga 20 barangan segar turun lebih 10% dari Jun hingga Julai lalu, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika menolak dakwaan kenaikan harga barang. Menurutnya, beliau menyemak laporan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dikeluarkan September lalu yang mengukur perubahan harga pelbagai barangan pada Julai dan Jun lalu. Beliau berkata, barangan segar lebih murah pada Julai termasuk timun, kacang buncis, cili padi, kubis bulat, daging kambing, anggur merah, lada benggala, saderi dan limau kasturi. “Ayam turun harga daripada RM9.62 kepada RM8.54 sekilo,” katanya dalam catatan X. “Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan inflasi kekal rendah berbanding sebelum kerajaan madani mengambil alih. “Jadi, kalau terjumpa orang di media sosial yang kata harga barang naik melambung dan hidup sengsara sebab harga barang naik, saya minta hantar bukti itu kepada saya supaya saya boleh bagi kepada KPDN untuk diambil tindakan.” Beliau berkata, hanya empat barangan segar mengalami kenaikan harga lebih 10% iaitu betik, udang putih, oren Valencia dan jambu batu tanpa biji. Tetapi katanya, harga 238 barangan naik dalam tempoh itu, termasuk empat barangan segar itu, tanpa mendedahkan barangan lain. Menurutnya, harga 59 barangan lain tidak berubah. News
Terima hakikat hak mutlak Sarawak ke atas sumbernya Posted on 22/11/2024 Senator Robert Lau berkata, Petronas mesti menerima hakikat Sarawak punya hak mutlak mengawal sumber dalam wilayahnya. (Gambar AFP) PETALING JAYA: Tiba masa semua pihak menerima hakikat Sarawak mempunyai hak mutlak ke atas sumber gasnya, kata seorang senator. Robert Lau berkata, lebih 50 tahun kerajaan persekutuan dan Petronas menikmati manfaat besar… Read More
Selangor explores Japanese tunnel model for flood mitigation Posted on 09/11/2024 KUALA SELANGOR, Nov 8 — Selangor is mulling flood mitigation proposals involving underground tunnels based on similar models in Japan, said State Infrastructure and Agriculture Committee chairman Izham Hashim. He said the estimated RM6 billion project proposal had been submitted to Deputy Prime Minister and Minister of Energy Transition and… Read More
All paid their own way on PM Anwar’s foreign trips, Fahmi clarifies Posted on 22/11/2024 PUTRAJAYA, Nov 22 — Private companies did not pay for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s recent travels abroad, Communications Minister Fahmi Fadzil said today. He said the government still covered the cost for Anwar’s delegation while corporate executives who travelled along paid for their own portion of the total… Read More