Kartel tipu tuntutan Perkeso: 5 pegawai KKM dipindah hospital Posted on 20/11/2024 By udot Sebelum ini SPRM menahan 32 individu termasuk tiga pegawai perubatan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kartel dikatakan memalsukan tuntutan hilang upaya Perkeso di negeri itu. PETALING JAYA: Lima pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) terbabit kartel memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dipindahkan ke hospital lain sementara menunggu hasil siasatan dan pertuduhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata mereka telah kembali bertugas berikutan tempoh tahan kerja berakhir pada 16 Okt lalu. Katanya, tindakan tahan kerja selama 30 hari dikenakan terhadap lima pegawai tersebut bawah peruntukan Peraturan 43, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkuatkuasa 17 Sep lalu, bagi memudah cara urusan siasatan. “Skop fungsi dan pengoperasian jabatan ortopedik di hospital tersebut diteruskan seperti biasa bagi menyampaikan perkhidmatan kepakaran ortopedik kepada pesakit dengan dibantu oleh pegawai dari hospital berhampiran,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat. Dzulkefly menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang mahukan maklumat terkini status pegawai terbabit serta sistem pengurusan pada masa ini. Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan pihaknya menahan 32 individu termasuk tiga pegawai perubatan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kartel dikatakan memalsukan tuntutan hilang upaya Perkeso di negeri itu. Katanya, mereka yang ditahan ialah dua pegawai perubatan kanan hospital kerajaan dan seorang doktor pakar hospital swasta. Semua 32 individu terdiri 19 pencarum Perkeso, lapan ejen, pegawai perubatan dan dua ‘runner’ itu ditahan dalam siri serbuan oleh SPRM. Julai lalu, media melaporkan Ahli Dewan Negara Dr RA Lingeshwaran menggesa Kementerian Sumber Manusia menjelaskan dakwaan beberapa doktor yang mengendalikan tuntutan hilang upaya Perkeso digantung, dikaitkan dengan kartel memalsukan permohonan sedemikian. Beliau dilapor memaklumkan Dewan Negara bahawa mereka digantung sehingga diberitahu kelak selepas Perkeso mendapat tahu mengenai kegiatan itu di sebuah hospital di Pulau Pinang. Lingeshwaran yang juga bekas pengarah Hospital Sungai Bakap berkata, beliau difahamkan kartel sedang melobi supaya doktor digantung perkhidmatan itu kembali bertugas di hospital sama. Beliau turut memberitahu Dewan terdapat 683 pengeluaran palsu dari 2018 hingga 2022 membabitkan kira-kira RM43 juta dengan 16 daripadanya melibatkan seorang doktor tertentu yang perkhidmatannya ditamatkan selepas aktivitinya terbongkar. News
Minister disputes claim on increase of tertiary-educated workers in low-skilled jobs Posted on 19/11/2024 Human resources minister Steven Sim affirmed that the government is committed to tackling underemployment in the country. KUALA LUMPUR: The claim that Malaysia’s underemployment rate among tertiary-educated workers increased by 100,000 in the third quarter (Q3) of 2024 is inaccurate, says human resources minister Steven Sim. Responding to Afnan Hamimi… Read More
Seven-month-old baby dies in babysitter’s care; teen drowns at Nilai waterfall in separate incidents Posted on 08/11/2024 SEREMBAN, Nov 7 (Bernama) — A seven-month-old baby boy died while under the care of his babysitter at the KLIA Quarters residential area here yesterday. Nilai district police chief Supt Abdul Malik Hasim confirmed that authorities were alerted to the incident by the KLIA Quarters Health Clinic at around 12.45… Read More
PM Anwar to lead two-year Madani govt milestone this Saturday Posted on 20/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 20 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is scheduled to officiate the Two Years of Madani Government (2TM) Programme and the 2024 National Convention on Public Service Reform slated to be held at the Kuala Lumpur Convention Centre this Saturday. According to the programme itinerary shared… Read More