28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab Posted on 21/11/2024 MyCC merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Julai tahun lalu dan Grab Inc memperoleh perintah certiorari untuk membatalkan cadangan denda itu. PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Feb tahun depan untuk menyampaikan keputusan berhubung rayuan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat berhubung dakwaan amalan antipersaingan oleh syarikat e-hailing terbabit. Peguam MyCC Mervyn Lai Wei Shiung mengesahkan tarikh berkenaan kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. Isnin lalu, panel tiga hakim diketuai S Nantha Balan mendengar hujah daripada peguam MyCC dan Grab Inc serta dua anak syarikatnya, iaitu Grabcar Sdn Bhd dan Myteksi Sdn Bhd. Mahkamah kemudian menangguhkan keputusan ke tarikh lain. Panel itu turut dianggotai Hakim Lim Chong Fong dan Ahmad Kamal Md Shahid. MyCC merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Julai tahun lalu dan syarikat berkenaan memperoleh perintah certiorari untuk membatalkan cadangan denda itu. Pada Disember 2019, tiga syarikat terbabit memfailkan semakan kehakiman selepas MyCC mencadangkan denda sebanyak RM86.77 juta, mendakwa syarikat berkenaan melanggar Akta Persaingan 2010 kerana menyalahgunakan kedudukan dominan dengan mengenakan klausa sekatan terhadap pemandu, menghalang mereka daripada mempromosikan dan menyediakan perkhidmatan pengiklanan untuk pesaing syarikat itu. Mahkamah Tinggi pada 2020, menolak permohonan Grab dan anak syarikat untuk memulakan semakan kehakiman atas alasan langkah itu ‘pramatang’ kerana keputusan yang dicadangkan belum muktamad. Grab merayu keputusan itu pada April 2021, Mahkamah Rayuan kemudian membenarkan rayuan Grab untuk mendapatkan kebenaran dan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran atas meritnya. Pada 2022, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan MyCC untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. Mahkamah Tinggi kemudian meneruskan perbicaraan penuh untuk merit semakan kehakiman pada 2022. Isnin lalu, peguam utama MyCC Tommy Thomas berhujah bahawa permohonan syarikat untuk semakan kehakiman adalah pramatang kerana syarikat berkenaan masih belum menyelesaikan proses rayuan yang diperuntukkan di bawah Akta Persaingan. Peguam Malik Imtiaz Sawar yang mewakili Grab Inc dan anak syarikat berhujah bahawa dakwaan MyCC mengenai keputusan yang dicadangkan hanyalah sebahagian daripada proses penyiasatan adalah salah, dengan merujuk kepada Seksyen 36(1) Akta Suruhanjaya Persaingan yang jelas menyatakan bahawa keputusan yang dicadangkan dikeluarkan selepas siasatan selesai. News
Germany fears outside hand in deadly Lithuania jet crash Posted on 26/11/2024 Debris from a DHL cargo plane which crashed into a house scatters near the Lithuanian capital, Vilnius. (AP pic) VILNIUS: A DHL cargo plane crashed Monday near the Lithuanian capital’s airport, killing one crew member, with Germany raising the possibility of outside involvement in the disaster. While authorities stopped short of… Read More
Why was deputy minister unaware about Taliban-led visit, Wee asks Posted on 21/11/2024 MCA president Wee Ka Siong pointed out that one of DAP’s leaders had previously warned that Malaysia could end up like the Taliban-led Afghanistan if certain parties were to govern the nation. PETALING JAYA: MCA president Wee Ka Siong has questioned why the education ministry kept its deputy minister Wong… Read More
Pegawai rendah polis, 2 warga Bangladesh direman kes rasuah Posted on 22/01/2025 Sumber SPRM berkata semua suspek ditahan semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang. (Gambar fail) PETALING JAYA: Seorang pegawai rendah polis dan dua warga Bangladesh direman tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit kes rasuah berjumlah RM29,000. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret… Read More