Terima hakikat hak mutlak Sarawak ke atas sumbernya Posted on 22/11/2024 By udot Senator Robert Lau berkata, Petronas mesti menerima hakikat Sarawak punya hak mutlak mengawal sumber dalam wilayahnya. (Gambar AFP) PETALING JAYA: Tiba masa semua pihak menerima hakikat Sarawak mempunyai hak mutlak ke atas sumber gasnya, kata seorang senator. Robert Lau berkata, lebih 50 tahun kerajaan persekutuan dan Petronas menikmati manfaat besar daripada kekayaan bumi Sarawak. Beliau turut mempersoalkan bagaimana hasil kekayaan tersebut dimanfaatkan. “Petronas dan kerajaan persekutuan telah menikmati manfaat daripada hasil kekayaan Sarawak selama 50 tahun. Bagaimana wang ini dibelanjakan? “Berapa banyak yang dikembalikan untuk membangunkan Sarawak?” katanya menurut Utusan Borneo. Lau turut mempersoalkan janji pembangunan pesat sebagai antara sebab utama Sarawak membentuk Malaysia pada 1963, sambil menambah kerajaan persekutuan kini telah menanggung hutang sebanyak RM1.5 trilion. “Secara moral, negara berhutang kepada Sarawak setelah meraih keuntungan lebih RM1 trilion. “Ucapan terima kasih sepatutnya diberikan, bukannya pandangan negatif terhadap keputusan Sarawak melantik Petros sebagai agregator tunggal gas,” katanya. Beliau berkata demikian sebagai menjawab kritikan beberapa pihak termasuk bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, yang menyifatkan tindakan Sarawak dalam menuntut kawalan gas sebagai bentuk ugutan dan ancaman. Baru-baru ini, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Julaihi Narawi pada sidang DUN, berkata Sarawak menyumbang lebih 60% pengeluaran gas asli Malaysia, namun 94% daripadanya digunakan Petronas untuk menghasilkan gas asli cecair (LNG) bagi tujuan eksport. Katanya, hanya enam peratus gas asli Sarawak digunakan untuk industri tempatan dan penjanaan kuasa. Semalam, Premier Sarawak Abang Johari Openg dalam sidang DUN, menegaskan hak negeri ke atas pelantar benua dalam sempadannya tidak boleh atau tidak berhak dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Beliau berkata, tindakan itu tidak hanya bertentangan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), malah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak. Katanya, dasar laut dan bawah tanah Sarawak, yang asalnya ‘Crown Land’ di bawah Kanun Tanah 1958, menjadi hak milik kerajaan Sarawak selepas pembentukan Malaysia pada 1963. Beliau berkata, MA63 dan Akta Malaysia, United Kingdom 1963, tidak ada tanah dipindah milik termasuk pelantar benua dalam sempadan Sarawak di persekutuan atau kerajaan persekutuan. Justeru, kerajaan persekutuan tidak mempunyai hak pemilikan ke atas dasar laut dan bawah tanah Sarawak atau pelantar benuanya, kerana ia hak penuh Sarawak menerusi penguatkuasaan undang-undang. News
Malaysian infantry patrol busts Thai poacher carrying home-made rifle, axe, ketum Posted on 17/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 17 — A patrol unit from the Malaysian Armed Forces’ (MAF) 2nd Infantry Division discovered an armed and undocumented Thai national while conducting border patrols in Kelantan. According to the division, the patrollers from the 8th Infantry Brigade caught the 31-year-old man attempting to hide in a… Read More
Werder Bremen leave X due to ‘hate speech’ concerns Posted on 20/11/2024 Werder Bremen, who last won the German title in 2004, have more than 600,000 followers on the social media platform. (EPA Images pic) BERLIN: German club Werder Bremen have joined fellow Bundesliga side St Pauli in leaving social media site X, formerly known as Twitter, citing an “incredible” increase in “hate… Read More
Sultan Ibrahim arah Kementah ambil serius kes buli berulang di UPNM Posted on 12/11/2024 Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah budaya buli menjejaskan kesejahteraan pelajar dan mencemarkan reputasi institusi pengajian tinggi.(Gambar Istana Negara) PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengarahkan Kementerian Pertahanan mengambil perhatian serius kes buli berulang kali berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional (UPNM). Baginda bertitah, budaya buli… Read More