Ajaran The Ahmadi sesat, kata MKI Posted on 01/01/2025 Ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light sesat dan menyeleweng serta bercanggah ajaran Islam dan hukum syarak. KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light sesat dan menyeleweng serta bercanggah ajaran Islam dan hukum syarak. Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI Nooh Gadot, berkata keputusan berkenaan adalah susulan persidangan jawatankuasa itu pada 26 hingga 28 Jun lalu. “Mana-mana individu atau kumpulan orang yang mengamal dan menyebar fahaman, ajaran, dan pegangan seumpama ini adalah menyeleweng daripada ajaran Islam. “Orang Islam hendaklah menjauhi fahaman dan ajaran ini serta dilarang berpegang dan beramal dengannya. Mana-mana orang Islam yang telah mengikut dan mengamalkan ajaran ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT,” katanya menerusi kenyataan. Susulan keputusan itu, Nooh berkata sebarang publisiti, pengajaran, penulisan, penyiaran, dan penerbitan bahan bercetak, audio visual atau apa-apa berkaitan ajaran itu tidak dibenarkan dan hendaklah disekat. Nooh berkata, antara kepercayaan dan ajaran The Ahmadi yang bercanggah dengan agama Islam adalah pengikutnya mempercayai Muhammad bin al-Hassan al-Askari (Imam syiah yang ke-12) sebagai Imam al-Mahdi dan beliau kini dikatakan sedang bersembunyi dan akan muncul pada akhir zaman. Selain itu, pengikut ajaran berkenaan juga percaya Ahmad al-Hasan yang digelar al-Yamani berperanan sebagai utusan kepada Imam al-Mahdi yang akan membawa syariat baharu dan terakhir yang menyempurnakan ajaran serta syariat para nabi terdahulu. News
Could artificial general intelligence be here by 2050? Posted on 18/11/2024 Artificial general intelligence technology is so advanced that it could be able to rival the capabilities of the human brain. (Envato Elements pic) PARIS: OpenAI CEO Sam Altman believes that 2025 could see the arrival of artificial general intelligence (AGI). This technology is so advanced that it could be able… Read More
Vivy, husband leave MACC after five hours of questioning over FashionValet investment loss Posted on 08/11/2024 PUTRAJAYA, Nov 8 — The process of recording the testimony of the founding couple of FashionValet Sdn Bhd related to the investment losses of Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) and Permodalan Nasional Bhd (PNB) which continued today was completed after about five hours. The vehicle carrying the couple was seen leaving… Read More
Transport Ministry proposes logistics hub in Nilai or Bandar Enstek, cites proximity to KLIA and highway connectivity Posted on 23/11/2024 NILAI, Nov 23 — The Ministry of Transport has proposed the establishment of a dedicated logistics hub in Nilai or Enstek, Negeri Sembilan, to further bolster Malaysia’s logistics sector. Minister Anthony Loke said the location is ideal due to its proximity to Kuala Lumpur International Airport (KLIA) and its strategic… Read More