Akmal rela hati jadi ‘jambatan’ kepulangan Hishammuddin, KJ ke Umno Posted on 14/12/2024 Semalam, Ketua Pemuda Umno Kapar Afifi Aris cadang Dr Akmal Saleh jadi ‘jambatan’ kepulangan Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan ke pangkuan parti. PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh sedia menjadi ‘jambatan’ atau orang tengah untuk menarik semula Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan ke pangkuan parti. Mengulas cadangan Ketua Pemuda Umno Kapar Afifi Aris dilaporkan FMT semalam, Akmal menyambut baik cadangan itu demi kepentingan parti. “Saya sentiasa bersedia (untuk menjadi orang tengah) demi memperkukuhkan Umno tercinta ini. “Pendirian saya ialah meletakkan kepentingan perjuangan agama dan bangsa di hadapan mengatasi segala-galanya. Justeru, saya dengan rela hati bersedia,” katanya menurut Berita Harian. Semalam, Afifi mencadangkan Exco Melaka itu menjadi ‘jambatan’ menarik semula Hishammuddin, Khairy dan Shahril yang sebelum ini dipecat dan digantung keahlian Umno. Menurutnya, penyertaan tiga bekas pemimpin utama itu serta mereka yang digantung atau dipecat boleh menggambarkan kesatuan parti bagi mengukuhkan kedudukannya. Khairy, bekas ketua Pemuda Umno dipecat parti atas dakwaan melakukan sabotaj pada kempen PRU15. Hishammuddin yang pernah menjadi naib presiden Umno dan Shahril, bekas ketua penerangan digantung keahlian selama enam tahun. Gesaan supaya tiga pemimpin terbabit kembali ke dalam Umno selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti menarik balik penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman pada 25 Nov lalu. Presiden Umno Zahid Hamidi dipetik berkata parti sedia menerima sesiapa sahaja termasuk Khairy dan Hishamuddin namun perlu mencontohi Tajuddin yang membuat rayuan. Minggu lalu, Khairy menyatakan hatinya sentiasa bersama Umno namun menegaskan tidak mahu kembali ke parti itu hanya untuk menjadi ‘pak turut’. Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong pula mengulangi pendirian tidak merayu keputusan atas alasan tidak tahu punca penggantungannya. News
PM komited bantu urusan halal komuniti Islam Brazil Posted on 18/11/2024 Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berbincang dan bertukar pandangan soal pembangunan ummah bersama komuniti Islam Brazil, di Masjid Luz di Rio de Janeiro. (Gambar Bernama) RIO DE JANEIRO: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memulakan program dengan sesi diskusi santai bersama komuniti Islam di sini. Beliau turut menyatakan komitmen Malaysia dalam membantu urusan… Read More
Satire, parody no longer crimes under proposed CMA amendments Posted on 03/12/2024 Bangi MP Syahredzan Johan said the proposed bill intends to amend Section 233 of the Communications and Multimedia Act to clarify content that is considered ‘obscene, indecent, false, menacing and offensive’. PETALING JAYA: Satire and parody will no longer be criminalised under the proposed amendments to the Communications and Multimedia… Read More
Dilantik penasihat tak rasmi, Thaksin jadi jambatan penghubung Asean Posted on 17/12/2024 Bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra semalam diumumkan sebagai sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai pengerusi Asean tahun depan. (Gambar AP) KUALA LUMPUR: Pelantikan bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra, sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai pengerusi Asean tahun depan, dianggap sebagai jambatan penghubung dalam memperkukuh… Read More