Banduan bergelar PhD dibebas sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Posted on 12/12/2024 Murad (bukan nama sebenar) dibebaskan hari ini atas pengampunan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah. (Gambar Facebook) KUALA LUMPUR: Banduan pertama yang memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) semasa dalam penjara diberi pengampunan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda hari ini. Jabatan Penjara memaklumkan Murad (bukan nama sebenar) yang memiliki PhD dalam bidang pentadbiran perniagaan menjalani hukuman sejak 2001 pada usia 14 tahun sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang. “Murad prospek pertama Jabatan Penjara yang bergelar doktor falsafah dalam bidang pentadbiran perniagaan, setelah menyambung pelajaran ketika menjalani hukuman di penjara,” katanya menerusi perkongsian di Facebook jabatan itu. Waran pembebasan dibacakan Pengarah Penjara Kajang, Preshahdin Monshee. Semasa sesi pembebasan itu, Preshahdin turut menasihatkan Murad sentiasa mengamalkan disiplin serta menggunakan ilmu untuk memajukan diri dan Jabatan Penjara sedia membantu sekiranya Murad memerlukan bantuan. Murad, pada sesi itu turut menzahirkan kesyukuran dan menjunjung kasih kepada Sultan Selangor atas pengampunan baginda serta Jabatan Penjara kerana memberi peluang dan ruang kepadanya menyambung pengajian sehingga bergelar doktor falsafah. Katanya, dia akan mengenang semua jasa baik Jabatan Penjara dan percaya peranan jabatan itu dalam memulihkan prospek sepertinya untuk dikembalikan dengan lebih sempurna. News
Fashion Valet’s founders in 5th day of interviews at MACC Posted on 12/11/2024 Fashion Valet’s founding couple, Vivy Yusof and Fadzarudin Anuar, might be summoned again tomorrow, MACC said. (Instagram pic) PETALING JAYA: Fashion Valet Sdn Bhd’s founding couple Vivy Yusof and Fadzarudin Anuar were summoned to the Malaysian Anti-Corruption Commission headquarters in Putrajaya for the fifth day today to give their statements…. Read More
PM Anwar calls for ban on UNSC veto power in mass atrocities cases, wants global justice reform Posted on 03/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 2 — United Nations Security Council (UNSC) veto power should be banned in cases of mass atrocities until it can be abolished, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim. He said the UNSC decision-making processes require broader support from both permanent and non-permanent members and be subject… Read More
Situasi banjir Terengganu, Melaka, Johor tak berubah Posted on 24/11/2024 Keadaan banjir di tiga negeri tidak menunjukkan banyak perubahan dan jumlah mangsa hanya merekodkan sedikit penurunan setakat pagi tadi. (Gambar APM) KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Terengganu, Melaka dan Johor tidak menunjukkan banyak perubahan, manakala jumlah penduduk terjejas di Kelantan meningkat setakat pagi ini. Di Terengganu, jumlah mangsa menurun sedikit… Read More