Banjir di Kelantan, Johor beransur pulih Posted on 01/01/2025 Situasi banjir di Kelantan dan Johor beransur pulih namun di Perak merekodkan peningkatan. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan dan Johor pagi ini beransur pulih dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan namun di Perak merekodkan peningkatan. Di Kelantan, hanya satu PPS masih aktif di Rantau Panjang setakat 8.30 pagi ini dengan 31 mangsa daripada sembilan keluarga berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh. Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula mencatatkan Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu 9.80 meter berbanding paras bahaya 9.0 meter. Di Johor pula, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Azmi Rohani berkata mangsa banjir di daerah Kota Tinggi kekal 69 orang daripada 17 keluarga yang ditempatkan di dua PPS. Beliau berkata 42 mangsa daripada 12 keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan Gembut manakala 27 mangsa daripada lima keluarga lagi berlindung di Balai Raya Kampung Perpat. Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Perak memaklumkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan pagi ini meningkat kepada 399 orang daripada 86 keluarga, berbanding 52 orang daripada 11 keluarga malam tadi. Kesemua mereka berlindung di Dewan Kampung Asli Chinggung dan Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah, Muallim, manakala paras Sungai Slim kini berada pada paras bahaya iaitu 25.41 meter berbanding paras biasa 23.50 meter. News
‘Sabah is not for experiments’: Masidi urges respect, rejects ‘lab rat’ treatment as seat negotiations loom in unity govt Posted on 09/11/2024 KOTA KINABALU, Nov 9 — Sabah is not a place for political experiments, said Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) deputy president Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. Referring to Sabah’s political history, Masidi pointed out that there have been instances where the state was a subject of political experiments. “I… Read More
Najib: RM90m in 2012 was Saudi king’s ‘political donation’ to me too Posted on 05/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 5 — Former prime minister Datuk Seri Najib Razak today said he believed funds totalling RM90 million which entered his personal AmIslamic bank account in 2012 was also a donation from the late Saudi Ruler King Abdullah. On trial for the misappropriation of RM2 billion belonging to… Read More
9 diambil keterangan berhubung kematian pelatih Palapes Posted on 28/11/2024 Ketua Polis Selangor Hussein Omar berkata, ketika kejadian, pelatih itu sedang menjalani ujian kecergasan sebelum mengikuti latihan asas Palapes tahun depan. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Polis mengambil keterangan daripada sembilan orang saksi termasuk pengadu dalam siasatan berhubung kematian seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) setakat ini. Ketua Polis Selangor… Read More