Bashar, keluarga diberi suaka di Rusia Posted on 09/12/2024 Bekas presiden Syria, Bashar al-Assad melarikan diri Moscow selepas rejim pemerintahannya tumbang. (Gambar EPA Images) ISTANBUL: Bekas presiden Syria, Bashar al-Assad yang melarikan diri bersama keluarganya tiba di Moscow pada Ahad selepas Rusia menawarkan suaka kepada mereka, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita Rusia. “Bashar dan ahli keluarganya tiba di Moscow. Atas pertimbangan kemanusiaan, Rusia memberikan suaka kepada mereka. “Rusia sentiasa menyokong penyelesaian politik bagi krisis Syria. Kami menegaskan bahawa rundingan yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu disambung semula,” kata TASS yang memetik sumber Kremlin Pegawai Rusia sedang berhubung dengan wakil-wakil pembangkang bersenjata Syria, dengan pemimpinnya memberi jaminan keselamatan kepada pangkalan tentera serta misi diplomatik Rusia di wilayah Syria. Pergolakan kembali tercetus di Syria pada 27 Nov di kawasan luar bandar barat Aleppo, sebuah bandar utama di utara Syria. Dalam tempoh 10 hari, pasukan penentang melancarkan serangan dengan menawan beberapa bandar strategik sebelum berjaya menguasai Damsyik, pada Ahad dan menyebabkan kejatuhan rejim Bashar selepas 13 tahun perang saudara. News
Minister Fadhlina: Kids rescued from GISBH homes started school, to continue receiving education Posted on 08/11/2024 PUTRAJAYA, Nov 8 — The Ministry of Education (MOE) is still continuing its efforts to provide education to the children of former GISB Holding (GISBH) followers who were rescued through Op Global in accordance with the curriculum set by the ministry. Its minister, Fadhlina Sidek, said the ministry had started… Read More
Sindiket palsu dokumen tumpas, 2 dalang utama ditahan Posted on 16/11/2024 Jabatan Imigresen menjalankan operasi khas di tiga lokasi sekitar Setapak Jaya Khamis lalu berdasarkan aduan awam dan risikan selama tiga minggu. (Gambar JIM) PETALING JAYA: Satu sindiket pemalsuan dokumen tumpas susulan penahanan dua warga Pakistan dipercayai “dalang utamanya” di ibu negara, kelmarin. Sindiket itu menggunakan pasport tulen individu lain atau… Read More
US defence secretary scraps South Korea trip Posted on 06/12/2024 US defence secretary Lloyd Austin (centre) welcomes Armenia’s defence minister Suren Papikyan (centre left) to the Pentagon on Thursday. (AP pic) WASHINGTON: US defence secretary Lloyd Austin no longer plans to travel to South Korea, two US officials told Reuters on Thursday, following South Korean President Yoon Suk-yeol’s botched attempt… Read More