Bekas peguam negara antara 4 ahli baharu JAC Posted on 18/11/2024 By udot Tempoh pelantikan Idrus Harun, Zainun Ali, Talat Mahmood Abdul Rashid and Hartini Saripan berkuatkuasa hingga 31 Okt 2026. KUALA LUMPUR: Bekas peguam negara Idrus Harun antara empat individu dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang baharu bagi tempoh dua tahun mulai 1 Nov lalu. Turut dilantik ialah bekas hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali, bekas peguam besar Sarawak Talat Mahmood Abdul Rashid dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Hartini Saripan. Pejabat Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dalam kenyataan memaklumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melantik mereka sebagai ahli suruhanjaya berkenaan mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009. “Pelantikan ini adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Nov 2024 hingga 31 Okt 2026,” menurut kenyataan itu. Pelantikan baharu itu bagi menggantikan Md Raus Sharif, Suriyadi Halim Omar, Abdul Razak Tready dan Shamrahayu Ab Aziz yang tamat lantikan pada 3 Sept 2024. Menurut kenyataan itu, JAC merakamkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan Raus, Suriyadi, Razak dan Shamrahayu sepanjang tempoh mereka menjadi ahli suruhanjaya. News
Veteran journalist Rosnah Majid, Malaysia’s first Kajai Award recipient, dies at 71 Posted on 10/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 10 — Veteran journalist and former politician Datuk Rosnah Abd Majid, 71, passed away at her sister’s residence in Teluk Bahang, Penang, at 9.30 this morning. Her passing was confirmed by her sister, Mariam Abd Majid, when contacted by Bernama, today. “It was known that she had… Read More
U Mobile dipilih penyedia 5G rangkaian kedua berdasarkan gabungan beberapa faktor – MCMC Posted on 06/11/2024 Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Read More
Southeast Asia prepares for factories fleeing Trump tariffs on China Posted on 08/11/2024 Industry experts have predicted that Malaysia, aiming for US$100 billion in semiconductor investments, could benefit from supply chain realignment. BANGKOK: Companies have been moving factories from China to Southeast Asia, anticipating Donald Trump would slap high tariffs on Beijing if he regained the White House, a move set to accelerate… Read More