Budak 10 tahun hilang mandi sungai ditemukan lemas Posted on 08/12/2024 Mangsa ditemukan pasukan SAR bersama penduduk kampung pagi ini, hari kedua operasi. (Gambar JBPM) PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan ditemukan lemas selepas hilang ketika mandi di sebatang sungai di Kota Belud semalam. Mayat Lysbet Tom Jones, 10, ditemukan pada 8.36 pagi kira-kira 600m dari lokasi dia dilaporkan hilang di Kampung Piasau. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Muhammad Syazwan Latun berkata, pasukan operasi bersama agensi penyelamat lain memulakan gerakan SAR hari kedua pada 8.10 pagi tadi. “Mangsa berjaya ditemukan pasukan SAR bersama penduduk kampung pada jarak 600m dari lokasi dia hilang. “Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada 9.40 pagi.” katanya, lapor Berita Harian. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, tambahnya. Pada kira-kira 2.30 petang semalam, Lysbet dipercayai hilang ketika mandi-manda di sungai berkenaan bersama beberapa rakan. BBP Kota Belud yang menerima panggilan mengenai kejadian itu 2.41 petang kemudian menggerakkan operasi SAR, dibantu polis, Kementerian Kesihatan (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk kampung. News
Zayn’s parents submit representation to AGC Posted on 29/11/2024 Zaim Ikhwan Zahari and Ismanira Abdul Manaf pleaded not guilty on June 13 to a charge of child neglect framed under Section 31(1)(a) of the Child Act 2001, read with Section 34 of the Penal Code. PETALING JAYA: The parents of Zayn Rayyan Abdul Matiin have submitted a representation to… Read More
Dihubungi ‘scammer’ dalam talian di Iraq, juruteknik rugi lebih RM900,000 Posted on 17/11/2024 Mangsa diminta membayar deposit RM100,000 bagi mengeluarkan ‘keuntungan’ RM8 juta oleh syarikat pelaburan dalam talian, kata polis. PETALING JAYA: Seorang juruteknik syarikat cari gali rugi RM908,305 selepas terpedaya dengan pelaburan dalam talian yang kononnya mampu memberi keuntungan dalam tempoh satu jam. Ketua Polis Johor M Kumar berkata lelaki berusia 48… Read More
Muhyiddin says party must do more to grow grassroots support Posted on 01/12/2024 SHAH ALAM, Dec 1 — Parti Pribumi Bersatu president Tan Sri Muhyiddin Yassin today said party’s inadequate machinery was at fault for its recent by-election losses. He said the party did not have a presence in every polling district, making it more difficult to campaign. “When the leaders above give… Read More