Dilantik penasihat tak rasmi, Thaksin jadi jambatan penghubung Asean Posted on 17/12/2024 Bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra semalam diumumkan sebagai sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai pengerusi Asean tahun depan. (Gambar AP) KUALA LUMPUR: Pelantikan bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra, sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai pengerusi Asean tahun depan, dianggap sebagai jambatan penghubung dalam memperkukuh kerjasama antara rantau Asean dengan kuasa besar global. Menteri Luar Mohamad Hasan berkata Thaksin Shinawatra yang berpengaruh di Thailand, juga dikenali sebagai figura yang diterima baik oleh Amerika Syarikat (AS) dan mempunyai hubungan rapat dengan China. “Peranannya sebagai penasihat adalah tidak rasmi, namun Thaksin memiliki pengaruh besar di Thailand dan diterima oleh Amerika Syarikat, selain mempunyai hubungan erat dengan China. Oleh itu, beliau dapat menjadi jambatan penghubung untuk Asean. “Personaliti seperti Thaksin dan beberapa individu lain bukanlah sebahagian daripada kumpulan formal, mereka hanya rakan lama dan kenalan lama Perdana Menteri Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), dan perdana menteri boleh berbincang serta mendapatkan pandangan mengenai bagaimana Asean harus terus maju ke hadapan,” katanya dalam sesi pertemuan media sempena Kepengerusian Asean-Malaysia 2025, di sini, malam tadi. Pelantikan Thaksin, yang dicadangkan oleh Malaysia dan dipersetujui oleh Thailand, diumumkan oleh Anwar dalam sidang media bersama rakan sejawatannya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra, di Putrajaya, semalam. Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan pengerusi Asean pada 1 Jan tahun depan dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, yang mencerminkan aspirasi negara untuk memupuk Asean yang bersatu dan makmur. Mengulas lanjut, Mohamad berkata pelantikan tokoh-tokoh lain untuk peranan yang sama akan diumumkan kemudian. “Ini bukan sebagai penasihat kepada pengerusi Asean, tetapi sebagai penasihat kepada perdana menteri selaku pengerusi Asean. Ia bukan penasihat yang berasaskan Asean, jadi bukan kumpulan formal atau segmen baru dalam Asean,” katanya. Turut hadir pada sesi pertemuan media itu ialah Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Amran Mohamed Zin dan Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia Zanariah Zainal Abidin. Hadir sama pada sesi tersebut ialah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj, serta wakil organisasi media, ketua pengarang, editor kanan, wartawan kanan, dan ahli ‘Foreign Correspondents Club’. News
Zahid mahu KPM kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin Posted on 07/12/2024 Zahid Hamidi pada sambutan Ulang Tahun BN ke-50 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Zahid Hamidi menggesa Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengembalikan nama asal Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tun Omar Ong Yoke Lin yang ditukarkan kepada SJKC Gamuda Cove. Timbalan perdana menteri yang juga pengerusi… Read More
‘Not right’ for just Bersatu to determine Perikatan’s GE16 PM candidate, PAS spiritual leader Hashim says Posted on 23/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 23 – PAS spiritual adviser Datuk Hashim Jasin has reportedly urged Perikatan Nasional (PN) to hold discussions on the coalition’s chairmanship and its candidate for prime minister in the 16th general election (GE16). Hashim said the talks should involve all component parties to ensure a collective decision… Read More
Another mild earthquake hits Ranau Posted on 17/12/2024 Ranau was hit by a second earthquake today after the 2.8 magnitude quake which occurred yesterday afternoon. KOTA KINABALU: A weak earthquake with a 3.1 magnitude on the Richter scale hit Ranau, Sabah, at 10.01am today. It was the second to strike Ranau after a 2.8 magnitude quake at 2.56pm… Read More