GRS terbuka kerjasama dengan Warisan, kata Kitingan Posted on 07/01/2025 Presiden STAR dan Timbalan Pengerusi GRS Jeffrey Kitingan, berkata ‘kemungkinan tetap ada’ mengulas kerjasama parti pemerintah dengan Warisan. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri Sabah Jeffrey Kitingan terbuka untuk Gabungan Parti Sarawak bekerjasama dengan Warisan. “Kemungkinan sentiasa ada…lagipun, politik adalah ‘seni berkemungkinan’,” kata timbalan pengerusi GRS itu kepada FMT. “Parti tempatan sepatutnya bersatu. Jadikan kesatuan satu tanggungjawab.” Kitingan, yang juga presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berkata demikian mengulas kemungkinan GRS bekerjasama dengan Warisan. Semalam, Presiden Warisan Shafie Apdal, berkata GRS telah menolak banyak pelawaan untuk membincangkan kerjasama dengan parti itu menjelang PRN akan datang. Memetik Daily Express, bekas ketua menteri berkata, sukar untuk merealisasikan hak negeri bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) jika rakyat Sabah tidak bersatu. Awal hari ini, seorang pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) mencadangkan Warisan memohon secara rasmi menjadi komponen GRS, mengulas kenyataan Shafie dilaporkan, berkata pelawaan untuk bekerjasama tidak dilayan. Ketua Pemuda Christoper Mandut, berkata jika Warisan memohon, ia akan dibawa kepada Majlis Tertinggi GRS untuk dibincangkan dengan profesionalisme dan semangat keterbukaan News
Tough openers await Malaysian shuttlers at BWF World Tour Finals Posted on 11/12/2024 Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani will be the first to play in the morning against world No 3 Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen. PETALING JAYA: Most of the Malaysian shuttlers at the prestigious BWF season-ender World Tour Finals (WTF) kicking off in Hangzhou, China, tomorrow face tough opening matches in their… Read More
Britain sets first codes of practice for tech firms in online safety regime Posted on 16/12/2024 The Online Safety Act has set tougher standards for platforms such as Facebook and TikTok, while emphasising child protection and removal of illegal content. (File pic) LONDON: Britain’s online safety regime came into force today, requiring social media companies like Meta’s Facebook and ByteDance’s TikTok to take action to tackle… Read More
Sultan Pahang seru jangan abai bahasa kebangsaan Posted on 04/12/2024 Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah Pahang mengambil langkah proaktif menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu dan tulisan Jawi pada semua papan tanda premis perniagaan serta jalan raya bermula 2020 lagi. (Gambar Bernama) KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat tidak mengabaikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana ia bukan… Read More