JPJ kaji guna AI kesan pesalah trafik Posted on 28/12/2024 Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata dengan penggunaan teknologi itu, JPJ dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan meminimumkan kesalahan yang berlaku. (Gambar Bernama) PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif. Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata ia antara tindakan bagi memperkukuh penguatkuasaan terhadap kesalahan yang mengakibatkan risiko kemalangan dan kematian jalan raya yang tinggi. Beliau berkata pegawai penguat kuasa akan meningkatkan pemeriksaan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik, terutama di lebuh raya dan kawasan yang sering berlaku kemalangan. “Dengan penggunaan teknologi ini, JPJ dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan meminimumkan kesalahan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan. Aedy Fadly berkata JPJ juga akan melancarkan kempen kesedaran awam secara besar-besaran untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya. Beliau berkata program itu menyasarkan golongan pemandu muda dan berisiko tinggi, dengan fokus pada aspek keselamatan seperti pemakaian tali pinggang keledar, kelajuan selamat, dan tingkah laku yang bertanggungjawab di jalan raya. Selain itu, beliau berkata JPJ juga bekerjasama dengan pihak berkuasa lain untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya di seluruh negara serta memastikan semua kenderaan yang beroperasi mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan. Beliau berkata pemeriksaan berkala dan pengawasan yang ketat akan diteruskan, terutamanya untuk kenderaan awam dan komersial. Aedy Fadly berkata JPJ akan terus berusaha memperkukuh kerjasama dengan syarikat pengangkutan dan persatuan industri untuk memastikan mereka mematuhi peraturan keselamatan jalan raya. “Dengan langkah-langkah yang lebih ketat terhadap kenderaan komersial, seperti bas dan lori, JPJ berharap dapat mengurangkan kemalangan yang melibatkan kenderaan berat di jalan raya. “Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama antara pihak berkuasa, pemandu, penunggang, dan semua pengguna,” katanya. News
Taman Danau Desa mum admits to locking toddler son in cage for seven hours so she could work, gets 14 days’ jail, RM10,000 fine, 240 hours community service Posted on 11/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 11 — A 20-year-old mother was sentenced to 14 days in prison and fined RM10,000 after pleading guilty to physically abusing her three-year-old son in Taman Danau Desa here. She was also ordered to perform 240 hours of community service, Harian Metro reported this afternoon. The mother,… Read More
Natural Resources Ministry: Malaysia moves closer to single-use plastic bag ban by 2026, engages states on roadmap Posted on 08/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 7 — The Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES) is considering a nationwide ban on single-use plastic bags by 2026. In a written reply posted on the Parliament’s website, NRES stated that this policy is already in force in Negeri Sembilan, Penang, and Kota Kinabalu,… Read More
Dadah lebih RM28 juta dirampas, terbesar di Johor Posted on 12/11/2024 Ketua Polis Johor M Kumar, berkata sindiket bungkus semula dadah guna peket bungkusan jenama minuman terkenal bagi mengelirukan pihak berkuasa. (Gambar Bernama) JOHOR BAHRU: Polis menahan tujuh individu termasuk dalang berusia 33 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM28 juta dalam tiga serbuan awal bulan ini, sekali gus… Read More