Kanak-kanak dibawa masuk dari Singapura diselamatkan di Kuantan Posted on 27/11/2024 Ketua Polis Johor M Kumar mengumumkan kejayaan polis selamatkan seorang kanak-kanak yang dipercayai dilarikan, hasil risikan dan maklumat orang awam. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak warga China dipercayai dilarikan oleh individu yang tidak dikenalpasti telah diselamatkan polis di Kuantan, Pahang dalam tempoh kurang dari 24 jam selepas laporan dibuat. “Kejayaan operasi ini hasil dari risikan polis dan juga maklumat dari orang awam,” menurut Ketua Polis Johor M Kumar dalam kenyataan. Katanya, kanak-kanak perempuan berumur dalam lingkungan 15 tahun itu dilaporkan tidak hadir ke sekolah di Singapura pada 25 Nov, sebelum dilaporkan hilang oleh bapanya. Semakan awal mendapati kanak-kanak itu dibawa masuk ke Malaysia melalui pintu masuk Woodlands pada 24 Nov. Seorang suspek, iaitu lelaki warga China berumur 22 tahun, ditangkap di lokasi kanak-kanak itu diselamatkan. “Mangsa akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” menurut kenyataan. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak, Seksyen 48(2) Akta Kanak-kanak, dan Seksyen 361 Kanun Keseksaan. Majistret membenarkan permohonan reman terhadap suspek selama tujuh hari, mulai hari ini sehingga 2 Dis. “Motif kejadian masih disiasat,” menurut Kumar, yang meminta orang ramai tidak buat sebarang spekulasi atau komen yang boleh ganggu siasatan. News
No change to prices of RON97, RON95, diesel Posted on 14/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 13 — The retail prices for RON97 and RON95 petrol will remain unchanged, at RM3.19 and RM2.05 per litre respectively from November 14 to 20. The Ministry of Finance, in a statement today, said that the retail price of diesel in Peninsular Malaysia also remained at RM2.95… Read More
Timing of Singapore’s elections still undecided, says PM Posted on 09/11/2024 Singapore prime minister Lawrence Wong said “we won’t do these things quietly” when asked about the next general election. (AP pic) SINGAPORE: The timing of the next Singapore general election has yet to be decided, Prime Minister Lawrence Wong said today. Stating that the people would know once the process… Read More
PM extends condolences to Ibrahim Saad’s family Posted on 16/11/2024 Prime Minister Anwar Ibrahim said he prayed for Ibrahim Saad’s family to be given strength after his passing. PETALING JAYA: Prime Minister Anwar Ibrahim has extended his condolences to the family of the late former Penang deputy chief minister Ibrahim Saad. In a Facebook post, Anwar said he was deeply… Read More