Kerajaan kekal beri bantuan terus kepada mangsa banjir Posted on 04/12/2024 Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata, kerajaan berpegang kepada konsep ‘buta warna’ dalam pemberian bantuan kepada mangsa banjir. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi. Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara itu berkata, bantuan diberikan secara sama rata oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dan agensi lain. “Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) turut memberi bantuan,” katanya dalam Program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini. “InsyaAllah, dengan keberadaan mereka di tempat banjir terutama pusat pemindahan sementara (PPS) cukup meredakan perasaan amarah (mangsa banjir) jika melihat tidak ada wakil rakyat yang turun.” Terdahulu, Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim pada sidang media di Parlimen menggesa kerajaan mempertimbang peruntukan segera sebanyak RM1 juta kepada wakil pembangkang di kawasan Parlimen yang terjejas banjir untuk disalurkan kepada mangsa. Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula memohon kerajaan agar membenarkan bantuan kewangan disalurkan terus kepada wakil rakyat di kawasan terjejas banjir bagi mengelakkan ia lambat diterima oleh mangsa. “Kita minta Adun dan Ahli Parlimen turun membantu mereka dengan kaedah yang mereka sendiri tahu kerana mereka harus menyantuni pengundi masing-masing,” kata Zahid. Sementara itu, semasa temu bual bertajuk ‘Dua Tahun Madani Bersama Zahid Hamidi’ itu, beliau berkata, kerajaan berpegang kepada konsep ‘buta warna’ dalam pemberian bantuan kepada mangsa banjir. Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri harus bekerjasama dalam hal itu demi kebajikan semua rakyat yang terjejas, tambahnya. “Kita boleh berbeza pendapat tetapi saya harap perkara ini difahami oleh semua supaya kepentingan rakyat diberikan keutamaan,” katanya sambil menambah, semua negeri tanpa mengira parti memerintah harus seiring dengan kerajaan Madani. Zahid juga berkata, kerajaan ketika ini berada pada tahap persediaan tertinggi bagi mendepani gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku dari 8 hingga 14 Dis akibat luruan monsun. Katanya, ini termasuk mengenal pasti sejumlah 8,481 PPS yang boleh memuatkan lebih 2.1 juta mangsa banjir pada satu-satu masa selain penglibatan 82,000 petugas pelbagai agensi dalam penyelarasan bantuan. “Kita tidak mengharapkan sesuatu yang buruk tetapi lebih baik daripada sudah terhantuk baru terngadah,” katanya. News
U Mobile dipilih penyedia 5G rangkaian kedua berdasarkan gabungan beberapa faktor – MCMC Posted on 06/11/2024 Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Read More
Rescued GISBH children: 28.6pc stunted, while 89 of them found to be suffering from anxiety Posted on 19/11/2024 SHAH ALAM, Nov 19 — The health screening results of the 266 children rescued from GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) in Selangor found that 26.8 per cent are stunted, said Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. He said the intensive screening and examination carried out by the Selangor State Health… Read More
Terima kasih Zahid kerana lupakan perselisihan, kata Tajuddin Posted on 27/11/2024 Keahlian Umno bekas Ahli Parlimen Tajuddin Abdul Rahman digantung enam tahun berakhir semalam dengan keputusan sebulat suara MKT. PETALING JAYA: Tajuddin Abdul Rahman berterima kasih kepada Presiden Umno Zahid Hamidi kerana melupakan perselisihan antara mereka, susulan keputusan kepimpinan parti untuk menarik balik penggantungan keahlian enam tahun. Bekas Ahli Parlimen Pasir… Read More