Kod tatalaku: Platform media sosial diberi tempoh sebulan beri maklum balas Posted on 11/11/2024 By udot Kebanyakan penyedia platform media sosial beri kerjasama yang baik dalam memberikan maklum balas berkenaan kod tatalaku, kata menteri. KUCHING: Penyedia platform media sosial diberi tempoh sebulan untuk memberikan maklum balas berkaitan kod tatalaku, sebelum mewajibkan mereka berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tujuan pelesenan. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata selepas perkara itu dimuktamadkan pada penghujung tahun ini, kod tatalaku itu akan diterbitkan dan semua penyedia platform media sosial yang mempunyai lebih daripada lapan juta pengguna di Malaysia diwajibkan berdaftar. “Tidak ada perbincangan dua hala mengenai perkara ini, jika mereka memenuhi syarat yang ditetapkan, mereka wajib daftar. “Kegagalan untuk mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan akan membawa akibat yang serius, termasuk kemungkinan dikenakan denda,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Sukma. Beliau berkata setakat ini, kebanyakan penyedia platform media sosial memberikan kerjasama yang baik dalam memberikan maklum balas berkenaan kod tatalaku terbabit. “Hanya ada satu dua platform yang beranggapan mereka lebih besar daripada negara yang berdaulat, namun kita perlu ingatkan mereka, mereka membuat duit di Malaysia, jadi mereka wajib mematuhi undang-undang negara kita,” katanya. Fahmi berkata kod tatalaku itu adalah garis panduan yang perlu dipatuhi oleh penyedia platform media sosial, contohnya mereka perlu responsif terhadap sebarang aduan yang diterima daripada pengguna dan sekiranya gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan. Pada masa sama berkata semua penyedia platform media sosial perlu menghormati pendirian kerajaan Malaysia dengan tidak menyekat sebarang kandungan pro-Palestin. “Dari segi sekatan saya lihat seperti ada antara dua darjat, kalau berkenaan dengan Palestin hampir semua dikekang, malah hantaran perdana menteri di Instagram pun boleh diturunkan atas sebab beliau hanya mengutuskan takziah atas kematian pemimpin Hamas. “Jadi kita sebagai negara merdeka, berdaulat dan mempunyai hubungan diplomatik dengan semua negara termasuk Palestin, pendirian kerajaan, perdana menteri wajib dihormati oleh platform-platform ini,” katanya. News
Amir Hamzah: Contrary to rumours, no cut to Sabah’s electricity subsidy, federal support remains strong Posted on 14/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 14 — A recent allegation that the federal government has withdrawn the allocation of electricity subsidy to Sabah is untrue, said Finance Minister II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. According to Astro Awani, he said that the federal government remains committed to providing an electricity subsidy of… Read More
PM Anwar to lead two-year Madani govt milestone this Saturday Posted on 20/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 20 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is scheduled to officiate the Two Years of Madani Government (2TM) Programme and the 2024 National Convention on Public Service Reform slated to be held at the Kuala Lumpur Convention Centre this Saturday. According to the programme itinerary shared… Read More
Revolution over but more protests than ever in Bangladesh Posted on 16/11/2024 Students from anti-discrimination movements and Bangladesh Nationalist Party activists attack an Awami League supporter in Dhaka. (AP pic) DHAKA: The solo protest of Bangladeshi hunger striker Mahbubul Haque Shipon is hard to spot among the six other demonstrations under way on the same busy thoroughfare. Shipon’s country is emerging from… Read More