Lebih 17,000 remaja hamil tanpa kahwin, kata Nancy Posted on 10/11/2024 By udot Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri, berkata 44,263 kes kehamilan remaja direkodkan sejak lima tahun lalu. (Gambar Freepik) KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri menyuarakan kebimbangan isu kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur, pembuangan bayi, dan pengguguran tidak selamat di negara ini. Beliau berkata, berdasarkan data Kementerian Kesihatan 44,263 kes kehamilan remaja telah direkodkan sejak lima tahun lalu, dan daripada jumlah itu 17,646 melibatkan remaja belum berkahwin. “Sepanjang tempoh 2019 hingga 2023, Sarawak merekodkan 9,258 kes kehamilan remaja dan daripada jumlah ini, 5,627 kes adalah tidak berkahwin semasa hamil. “Di Sarawak, kes kehamilan remaja merekodkan angka yang tinggi disebabkan adanya perkahwinan adat yang membenarkan perkahwinan di bawah umur, selain belum ada pindaan dibuat untuk menetapkan had umur perkahwinan bagi perempuan dinaikkan kepada 18 tahun,” katanya. Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian ketika berucap pada majlis Forum Advokasi Pendidikan Reproduktif dan Sosial (Pekerti) Edisi Ibu Bapa Peringkat Sarawak. Nancy berkata, perbincangan mengenai topik seks seharusnya tidak lagi dianggap sebagai isu yang dilarang atau sensitif, kerana kebimbangan ibu bapa atau masyarakat tentang maklumat kesihatan reproduktif hanya akan menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan remaja. “Dalam era globalisasi ini, remaja menghadapi pelbagai cabaran seperti pengaruh budaya luar, akses maklumat tanpa had dan tekanan untuk menyesuaikan diri dengan norma sosial yang berubah,” katanya. Kira-kira 200 peserta yang menghadiri forum yang memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada ibu bapa berkenaan diharap dapat membantu dalam proses kemandirian dan sosialisasi remaja. News
Technician duped by online investment scheme, loses over RM900,000 Posted on 17/11/2024 Johor police chief M Kumar said the victim downloaded an application as instructed and registered for the scheme. (Bernama pic) JOHOR BAHRU: A technician with an oil exploration company claimed to have lost RM908,305 after falling victim to an online investment scheme in August. Johor police chief M Kumar said… Read More
Mahkamah tolak permohonan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib Posted on 11/11/2024 Lembaga pengampunan mengurangkan hukuman penjara bekas perdana menteri Najib Razak daripada 12 kepada enam tahun manakala denda RM120 juta dikurangkan kepada RM50 juta. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Majlis Peguam gagal mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda bekas perdana Menteri Najib Razak… Read More
Onn Hafiz promises ‘no Bangsa Johor will be left behind’ in state Budget 2025 Posted on 21/11/2024 JOHOR BARU, Nov 20 — Johor’s Budget 2025, set to be presented tomorrow with the theme ‘Maju Johor, Rakyat Sejahtera’, will focus on six key pillars of the ‘Agenda Maju Johor’, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi said. He said the Budget will address vital aspects such as economic development,… Read More