Malaysia pintu masuk strategik kerjasama Asean-China, kata TPM Posted on 03/12/2024 Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada majlis makan malam gala sempena Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-50 dan Persidangan Persatuan Presiden Dunia (WAPC) Kelima di Wisma MCA, Kuala Lumpur, malam ini. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Malaysia memainkan peranan penting dalam menghubungkan rantau Asean kepada pasaran global sebagai hab strategik di Asia Tenggara, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi. Katanya, kedudukan utama Malaysia dalam memudahkan perdagangan dan pelaburan, dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Asean melebihi USD3.6 trilion (RM16 trilion) dan penduduknya berjumlah lebih 680 juta orang, menawarkan peluang yang besar untuk perniagaan yang ingin berkembang ke rantau ini. “Bagi perusahaan China yang ingin memasuki rantau dinamik ini, Malaysia menawarkan pintu masuk yang ideal dengan lokasi strategik, infrastruktur yang kukuh dan tenaga kerja mahir,” katanya. “Melalui rangka kerja seperti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Malaysia dan China memupuk kerjasama yang lebih mendalam dalam pembangunan infrastruktur, perdagangan dan pelaburan.” Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian majlis makan malam gala meraikan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China dan Persidangan Persatuan Presiden Dunia (WAPC) Kelima. Zahid berkata, BRI membolehkan Malaysia meletakkan dirinya sebagai fasilitator utama yang menghubungkan Asean, khususnya dalam sektor baru muncul seperti tenaga hijau, ekonomi digital dan pembangunan mampan. “Visi bersama kita untuk masa depan termasuk memanfaatkan bidang-bidang pertumbuhan tinggi ini bagi mencipta pekerjaan, memacu inovasi dan meningkatkan kesalinghubungan serantau sambil terus mengukuhkan peranan kita sebagai hab Asean,” katanya. Beliau berkata, Malaysia bersedia untuk terus bekerjasama dengan China dan komuniti global bagi memupuk inovasi, memacu pertumbuhan mampan dan menangani cabaran. Beliau juga menekankan pentingnya kerjasama dalam mewujudkan masa depan yang makmur, inklusif dan berdaya tahan. Sementara itu, Zahid berkata, hubungan dua hala antara Malaysia dan China menjangkau lebih jauh melebihi perdagangan, dengan pendidikan muncul sebagai asas bagi perkongsian berkenaan. Beliau berkata, sebagai mengiktiraf kerjasama pendidikan yang semakin meningkat, Malaysia diberikan 5,125 penempatan oleh China untuk pelajar Malaysia menyertai institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), satu inisiatif yang menurutnya akan membantu melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi cabaran masa depan. “Inisiatif seumpama ini bukan sahaja melengkapkan generasi muda kita dengan kemahiran untuk menghadapi cabaran masa depan, tetapi juga memupuk pertukaran budaya dan akademik antara negara kita, mewujudkan jaringan persefahaman bersama dan saling hormat menghormati,” katanya. Terdahulu, beliau melancarkan buku meja kopi bertajuk Mekar dan Berbuah sempena Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan China. Turut hadir pada majlis itu, Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R Ramanan dan Pengerusi WAPC Kelima dan Presiden MCA Wee Ka Siong. News
MU coach Amorim vows to help Rashford but says striker needs to want it too Posted on 28/11/2024 Marcus Rashford is struggling to replicate the form that saw him score 30 goals for Manchester United in the 2022-23 season. (AFP pic) MANCHESTER: Manchester United coach Ruben Amorim has vowed to help struggling striker Marcus Rashford rediscover the form that resulted in him scoring 30 goals across all competitions… Read More
Nik Nazmi: Kelantan tops list of Malay reserve land with over 1.3 million hectares Posted on 04/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 4 — Malaysia has a total of 4,955,870.89 hectares of Malay reserved land, with Kelantan holding the largest share at 1,361,114 hectares, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability Nik Nazmi Nik Ahmad revealed yesterday. “This number does not include the states of Penang and Melaka since… Read More
Naimah kecam SPRM, Anwar kerana siasatan terhadap Daim diteruskan Posted on 30/11/2024 Naimah Khalid gesa kerajaan dan SPRM menghentikan ‘cerita tidak berasas’ mengenai ‘kecurian berbilion’. PETALING JAYA: Balu bekas menteri kewangan Daim Zainuddin mengecam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana pihak berkuasa masih meneruskan siasatan ke atas kewangan suaminya. Naimah Khalid menyatakan kekecewaannya terhadap kenyataan SPRM bahawa… Read More