Mohon tahanan rumah perlu lalui Lembaga Pengampunan, kata Jabatan Peguam Negara Posted on 28/12/2024 Jabatan Peguam Negara berkata Agong berkuasa beri ampun, tunda hukum, dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya. PETALING JAYA: Permohonan pengampunan termasuk menghabiskan baki hukuman penjara di rumah mana-mana banduan termasuk bekas perdana menteri, Najib Razak, perlu dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong. Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan, berkata permohonan itu perlu dilakukan mengikut tatacara dan saluran ditetapkan, di bawah undang-undang dan bukannya mana-mana saluran lain. “Kamar ini telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memaklumkan semua permohonan mengenai pengampunan bagi kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan. “Oleh itu sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan termasuk Najib menghabiskan baki tempoh hukumannya dengan ditahan di rumahnya, pemohon berkenaan perkara tersebut hendaklah dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya. Menurut Jabatan Peguam Negara, berdasarkan Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk memberi ampun, tunda hukum, dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya. Jabatan Peguam Negara berkata, Perkara 42 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan antara lain Yang di-Pertuan Agong juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman telah dijatuhkan mahkamah. “Dalam hal ini keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Lembaga Pengampunan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan juga adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang terpakai bagi mengelakkan tindakan sedemikian dicabar di mahkamah kerana tidak sah dari segi undang-undang,” katanya. Pada 28 Julai 2020, Najib disabit kesalahan oleh Hakim Nazlan Ghazali, yang ketika itu adalah hakim Mahkamah Tinggi kerana salah guna kuasa, pengubahan wang, dan pecah amanah jenayah dalam kes SRC International, melibatkan dana berjumlah RM42 juta. Rayuan di Mahkamah Rayuan ditolak pada 8 Dis 2021. Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022, sejurus Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya. News
Putrajaya to adopt district-based targeted approach to cut reliance on cash handouts, Rafizi says Posted on 20/12/2024 KOTA KINABALU, Dec 19 — The federal government will adopt district-based strategies to address extreme poverty in Malaysia’s poorest areas under the 13th Malaysia Plan (13MP), Economy Minister Rafizi Ramli said today. The federal minister said that addressing hardcore poverty is a key focus, and the federal government aims to… Read More
Siklon Chido: Lebih 200 sukarelawan dikhuatiri hilang di Mayotte Posted on 18/12/2024 Siklon Chido yang membadai pulau Mayotte pada Sabtu, membunuh sekurang-kurangnya 14 orang dan menyebabkan kerosakan besar ke atas pulau itu. (Gambar AP) GENEVA: Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) melahirkan kebimbangan pada Selasa berhubung nasib lebih 200 sukarelawannya yang dikhuatiri hilang di Mayotte, wilayah Lautan Hindi… Read More
IGP: Probe into ex-Goldman Sachs banker Roger Ng’s 1MDB involvement continues as he remains in custody Posted on 10/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 10 — Police are continuing investigations into former Goldman Sachs Malaysia investment banking chief Roger Ng over the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal by reviewing related documents. Inspector-General of Police Tan Sri Razarudin Husain said Ng remains in police custody to assist with the probe, according to… Read More