New York laksana tol sesak, setahun kutip USD1 bilion Posted on 05/01/2025 New York City menjadi bandar raya pertama di AS melaksanakan pelan harga kesesakan. (Gambar EPA Images) NEW YORK: Pelan harga kesesakan kenderaan meliputi kawasan Lower dan Midtown Manhattan mula berkuat kuasa, menjadikan New York City, bandar raya pertama di Amerika Syarikat (AS) melaksanakan pelan sedemikian, lapor Xinhua. Kenderaan akan dikenakan tol memasuki zon pelepasan kesesakan dengan jumlah bayaran bergantung kepada jenis kenderaan, masa, sama ada terdapat kredit lintasan, serta kaedah pembayaran, dengan diskaun dan pengecualian diberikan kepada pemandu atau kenderaan tertentu, menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA). Kenderaan penumpang dan komersial kecil, lori, bas, dan motosikal yang memasuki zon pelepasan kesesakan akan dikenakan bayaran sekali sehari, manakala penumpang teksi dan kenderaan sewa akan dikenakan bayaran bagi setiap perjalanan ke, dari, dalam, atau melalui zon terbabit. Tol itu dijangka diselaraskan pada 2028 dan 2031 apabila pengawal selia secara berperingkat menghapuskan 40% diskaun yang ditawarkan pada peringkat awal. Pelan harga kesesakan ini dianggarkan dapat mengurangkan jumlah kenderaan memasuki zon pelepasan kesesakan sebanyak 10% dan jarak perjalanan kenderaan di zon itu sebanyak lima peratus. MTA dijangka memperoleh hasil tambahan sebanyak USD1 bilion setahun bagi membiayai pelan perbelanjaan modal sehingga USD15 bilion. Pelan berkenaan mencetuskan kontroversi dengan pelbagai tuntutan mahkamah difailkan di New York dan New Jersey, tetapi pihak lawan gagal menghalang pelaksanaannya. News
Improved weather brings relief as flood evacuee numbers fall in six states Posted on 07/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 7 — The flood situation in six states has shown further improvement, with the number of evacuees at temporary relief centres (PPS) decreasing this morning compared to last night. In Kelantan, the state with the highest number of evacuees, the figure dropped to 6,269 this morning from… Read More
Dead elephant found floating in Sungai Pahang, believed swept away by strong currents (VIDEO) Posted on 02/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 2 –– A wild elephant carcass was found floating in Sungai Pahang near Lubuk, Kampung Besul yesterday after it was discovered by a fisherman at the river at around 6pm. Fisherman Azman Yusoff, 54, spotted the dead animal when he was casting a fishing net, according to… Read More
Putin orders Russian government and top bank to develop AI cooperation with China Posted on 02/01/2025 President Vladimir Putin’s instruction comes three weeks after he announced that Russia would team up with BRICS partners and other countries to develop AI. (AP pic) MOSCOW: President Vladimir Putin has ordered Russia’s government and the country’s biggest bank, Sberbank, to build cooperation with China in artificial intelligence. Putin’s instructions… Read More