Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14kg dadah Posted on 07/01/2025 Cheng Ee Fei dan Chan Pei Een didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. (Gambar Pexels) JOHOR BAHRU: Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah pada 28 Dis lalu. Cheng Ee Fei, 32, dan Chan Pei Een, 34, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didapati mengedar dadah berbahaya jenis MDMA dengan anggaran berat 14.42kg di dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna hitam di tepi jalan Persiaran Mutiara Mas dekat Skudai sini, kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 28 Dis lalu. Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan maksimum 15 kali sebatan. Kedua-dua mereka yang turut berhadapan dua pertuduhan lain, iaitu memiliki pelbagai jenis dadah membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan majistret sama. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa memiliki 24.58 gram dadah jenis ketamin dan 2.75 gram dadah jenis methamphetamine di lokasi, tarikh dan masa yang sama. Kesalahan terbabit dilakukan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Latif manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 7 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula untuk menunggu laporan kimia. News
One-hour rainfall floods Putrajaya, submerges cars; waters go down after Bomba clears drains (VIDEO) Posted on 09/12/2024 PUTRAJAYA, Dec 8 — An hour-long heavy rain that started at 4 pm caused flash floods at Presint 11 Zon 4A here today, submerging about 20 vehicles. Several roads were also flooded, rendering them impassable for light vehicles. Putrajaya Federal Territory Fire and Rescue Department director Abdul Manaf Che Isa… Read More
Tukang sapu didenda RM80,000 jual, sebar video ‘swinger’ di X Posted on 17/12/2024 Kamarulnazri Desa @ Yahaya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah atas empat tuduhan menyebar serta menjual kandungan lucah yang memaparkan kegiatan seks secara berkumpulan dan bertukar-tukar pasangan, atau swinger. (Gambar fail) ALOR SETAR: Seorang tukang sapu didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan menyebar serta menjual kandungan… Read More
Philippines’s Marcos drops estranged VP from security council Posted on 03/01/2025 Philippine vice-president Sara Duterte has said she had contracted an assassin to kill the president. (AP pic) MANILA: Philippine vice-president Sara Duterte will no longer sit on the national security council after President Ferdinand Marcos Jr signed an order removing her office from the agency, following a bitter split between… Read More