Peguam mengaku tak salah serah perintah perlindungan palsu kepada anak guam Posted on 28/11/2024 Adly Zulfadhly Zulkefly tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menyerahkan dokumen perintah perlindungan palsu kepada anak guamnya tahun lepas. Pengakuan Adly Zulfadhly Zulkefly, 29, itu direkodkan di depan Majistret MS Arunjothy. Tertuduh didakwa menyerahkan perintah bertarikh 3 Ogos 2023 yang diketahuinya palsu kepada seorang ibu tunggal 36 tahun di pekarangan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini sekitar Ogos tahun lepas. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pada prosiding itu, peguam Azlina Abdul Aziz yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM10,000 ditawarkan pihak pendakwaan dikurangkan kerana anak guamnya memberi kerjasama baik sepanjang siasatan. Adly sendiri turut merayu jaminan kurang daripada RM5,000 kerana keluarganya hanya mampu membayar jumlah itu, selain mengambil kira dirinya peguam. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Vivi’ Asnita Zaina’ Larifin membantah jaminan rendah kerana tertuduh bukan lagi peguam. “Di hadapan saya terdapat pengesahan Majlis Peguam mengatakan sijil amalan tertuduh hanya sah pada 2023 dan Februari 2023 kali terakhir tertuduh beramal sebagai peguam.” Tertuduh kekal mendakwa dirinya masih peguam. Mahkamah membenarkan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Feb depan sebutan semula kes. News
Talk to us now, Armizan tells prospective allies Posted on 10/11/2024 GRS deputy secretary-general Armizan Mohd Ali said any electoral cooperation will be decided after taking into account the views of all coalition partners. PAPAR: Any party wishing to cooperate with Gabungan Rakyat Sabah need not wait for the next Sabah state assembly elections to be called, deputy secretary-general Armizan Mohd… Read More
MACC freezes bank accounts of Fashion Valet founders Posted on 07/11/2024 Fashion Valet founders Vivy Yusof and Fadzarudin Anuar were told to report to the MACC office at 10am tomorrow to continue providing their statements. PETALING JAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has frozen several personal and company bank accounts, valued at around RM1.1 million, belonging to Fashion Valet Sdn Bhd… Read More
Husni tak bantah 1MDB dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Najib beritahu Posted on 03/12/2024 Najib Razak kata setiap anggota Jemaah Menteri diberi agenda yang memaklumkan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat mingguan. KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak berkata rakan sekerjanya ketika itu, Ahmad Husni Hanadzlah, tidak pernah membangkitkan sebarang bantahan berhubung perkara berkaitan 1MDB semasa berkhidmat sebagai menteri kewangan II. Pada perbicaraan… Read More