Pemimpin PAS gesa PM tolak tajaan lawatan rasmi Posted on 22/11/2024 By udot Naib Presiden PAS Amar Abdullah kata Anwar Ibrahim harus tolak tajaan syarikat swasta untuk lawatan rasmi. PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak tajaan syarikat swasta untuk lawatan rasmi, kerana bimbang amalan itu memberi contoh buruk kepada penjawat awam. Naib Presiden Amar Abdullah berkata tindakan menerima tajaan syarikat swasta untuk lawatan rasmi membuka ruang kepada konflik kepentingan dan menjejaskan integriti pentadbiran. “Ia juga mencetuskan persepsi bahawa keputusan kerajaan boleh dipengaruhi oleh kepentingan pihak penaja, sekaligus menghakis keyakinan rakyat,” katanya dalam kenyataan. “Lebih membimbangkan, amalan ini memberi contoh buruk kepada penjawat awam. Ia berpotensi mewujudkan budaya kronisme dan rasuah dalam pentadbiran, merosakkan kepercayaan kepada institusi kerajaan.” Amar berkata Anwar sebagai perdana menteri harus menolak tajaan sebegitu dan memastikan semua perbelanjaan rasmi dibiayai secara telus melalui saluran rasmi. “Rakyat berhak mendapat kepimpinan yang bebas, bersih, dan telus tanpa sebarang pengaruh luar,” tambahnya. Terdahulu, Anwar beritahu Dewan Rakyat bahawa sebahagian besar kos lawatan rasminya ke lima negara baru-baru ini ditanggung oleh syarikat berkaitan kerajaan dan swasta yang turut mengikuti program itu. Katanya, ia pendekatan berbeza yang dibuat oleh pentadbirannya memandangkan kos lawatan kerja rasmi ke luar negara lazimnya menelan perbelanjaan yang tinggi. Beliau melaporkan syarikat berkenaan diundang dalam lawatan kerja itu dan mempunyai kepentingan perniagaan serta pelaburan, dan kerajaan membantu syarikat itu sama ada import dan eksport. Anwar berkata Petronas, Sapura Energy, dan Proton antara syarikat yang diundang, lapor Astro Awani. Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah, mengenai implikasi kewangan hasil lawaatn kerja beliau itu. Anwar pulang dari lawatan rasmi ke Kaherah (Mesir), Riyadh (Arab Saudi), Lima (Peru), Rio de Janeira (Brazil), dan Doha (Qatar) semalam. News
Sarawak Energy Berhad paid compensation totalling RM800,000 for equipment damaged by power outages, says state deputy minister Posted on 14/11/2024 KUCHING, Nov 14 — Sarawak Energy Berhad (SEB) has paid compensation totalling RM800,000 for equipment damaged by power supply disruptions, said Datuk Abdul Rahman Junaidi. The state deputy minister of utility and telecommunication said the amount was disbursed to settle 106 out of 191 claims received to date since 2019…. Read More
St Ignatius Church ordered to vacate car park as 2012 permission revoked Posted on 20/11/2024 Lawyer Joy Appukuttan said the church administration was concerned about traffic congestion in the area with the removal of the car park. (Joy Appukuttan pic) PETALING JAYA: The St Ignatius Church in Kelana Jaya here has been ordered again to vacate its car park after the Selangor irrigation and drainage… Read More
Eight N. Sembilan private religious school students charged with hurting fellow students Posted on 11/11/2024 KUALA PILAH, Nov 11 — Eight private religious school students in Negeri Sembilan were charged at the Magistrates’ Court here today for hurting their fellow students last month. Four of them, all aged 15, plead not guilty to grievously hurting a 14-year-old student at the school dormitory in Rembau at… Read More