Perjanjian gencatan senjata Hizbullah, Israel hampir dimeterai Posted on 26/11/2024 Ahli Parlimen Lubnan Qassem Hashem berkata suasana kini positif dan perbincangan gencatan senjata mencapai tahap seterusnya. (Gambar AFP) BEIRUT: Perjanjian gencatan senjata antara Hizbullah dan Israel hampir selesai dan mungkin diumumkan dalam tempoh 36 jam jika rundingan berjalan lancar, lapor Agensi Anadolu. “Suasana kini positif dan perbincangan gencatan senjata mencapai tahap seterusnya. Hanya tinggal beberapa jam sebelum perjanjian dimuktamadkan dan diumumkan, sekiranya kemajuan berterusan seperti diharapkan,” kata Ahli Parlimen Lubnan, Qassem Hashem pada Isnin. Perkembangan ini berlaku serentak dengan laporan Kabinet keselamatan Israel akan bersidang pada Selasa untuk meluluskan perjanjian gencatan senjata dengan Hizbullah. Penyiar persendirian Lubnan, Al Jadeed melaporkan pada lewat Isnin, Lubnan dimaklumkan secara rasmi mengenai perjanjian itu, tetapi memilih untuk berdiam diri demi memastikan kejayaannya. “Perincian kecil” masih dalam perbincangan, namun ia dijangka tidak menjejaskan syarat utama perjanjian. Hashem, Ahli Parlimen blok Pembangunan dan Pembebasan yang diketuai Speaker Parlimen, Nabih Berri, menegaskan Lubnan hanya akan mengumumkan gencatan senjata selepas pengumuman rasmi dibuat Amerika Syarikat. “Jika dilakukan dengan ikhlas, proses ini akan berjalan secara semula jadi. Dalam tempoh 36 jam, kami menjangka perjanjian dimuktamadkan.” Hashem menyuarakan keyakinan dengan berhati-hati dan mengakui cabaran ditimbulkan Israel digambarkannya “musuh tidak terkawal dan melulu”. Namun, beliau menekankan sentimen antarabangsa semasa menyokong perjanjian ini, sekali gus mewujudkan keadaan kondusif untuk gencatan senjata. Hashem turut mengesahkan komitmen Lubnan untuk mematuhi syarat dinyatakan berkaitan cadangan disokong AS dan melaksanakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa yang menjadi panduan rundingan itu. Resolusi 1701 yang diterima pakai pada 2006 menyeru permusuhan di selatan Lubnan dihentikan susulan konflik 33 hari antara Hizbullah dan tentera Israel. News
Adun DAP kritik kecuaian pengurusan kewangan PP Posted on 26/11/2024 Adun Air Itam Joseph Ng menggesa kerajaan Pulau Pinang mendedahkan jumlah terkini tunggakan cukai tanah dan langkah diambil untuk menanganinya. (Gambar Facebook) GEORGE TOWN: Seorang Adun DAP mengkritik kerajaan Pulau Pinang atas pengurusan kewangan yang didakwanya sebagai cuai dalam beberapa keadaan. Joseph Ng (PH-Air Itam) berkata terdapat agensi kerajaan negeri… Read More
All paid their own way on PM Anwar’s foreign trips, Fahmi clarifies Posted on 22/11/2024 PUTRAJAYA, Nov 22 — Private companies did not pay for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s recent travels abroad, Communications Minister Fahmi Fadzil said today. He said the government still covered the cost for Anwar’s delegation while corporate executives who travelled along paid for their own portion of the total… Read More
Appeals Court sets Feb 28 decision on MyCC’s appeal over RM86.77m proposed fine against Grab, subsidiaries Posted on 20/11/2024 PUTRAJAYA, Nov 20 — The Court of Appeal has set February 28 next year to deliver its decision on the Malaysian Competition Commission’s (MyCC) appeal challenging the High Court’s ruling to quash its proposed RM86.77 million fine against Grab Inc and its two subsidiaries over the e-hailing company’s alleged anti-competitive… Read More