PM komited bantu urusan halal komuniti Islam Brazil Posted on 18/11/2024 By udot Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berbincang dan bertukar pandangan soal pembangunan ummah bersama komuniti Islam Brazil, di Masjid Luz di Rio de Janeiro. (Gambar Bernama) RIO DE JANEIRO: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memulakan program dengan sesi diskusi santai bersama komuniti Islam di sini. Beliau turut menyatakan komitmen Malaysia dalam membantu urusan berkaitan halal, selain usaha memartabatkan agama suci itu menerusi pendidikan dan dakwah kepada komuniti Islam di Brazil. “Dalam pertemuan ini, kami dapat berbincang dan bertukar pandangan soal pembangunan ummah di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas bertemu wakil-wakil masjid tunggal di sini iaitu Masjid Luz. Mewakili Masjid Luz ialah Presidennya, Mohamed Zeinhom Mohamed El Fateh Mohamed Abdien, Imam Sancho Jorge Mulungo @ Adam, Timbalan Pengarah Jabatan Sosial Julia Leal Menezes, dan Pengarah Kewangan masjid berkenaan Abdullah al Masri. Turut serta dalam pertemuan itu ialah Menteri Luar Mohamad Hasan. Perdana menteri turut menyampaikan sumbangan kepada komuniti Islam, selain menyerahkan senaskhah al-Quran cetakan khas dan 10 lagi yang merupakan terjemahan dalam bahasa Portugis. Beliau berkata, Malaysia juga akan menggerakkan usaha bagi membantu aktiviti di Masjid Luz. Anwar tiba di bandar tepian pantai yang meriah dengan aktiviti pada Sabtu selepas menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi Apec (AELW) di Lima, Peru untuk lawatan rasmi pertamanya ke Brazil. Malaysia bersama 16 negara lain termasuk Chile, Qatar, Mesir, Singapura, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu, dan Vietnam juga adalah negara tetamu pada Sidang Kemuncak G20. Lawatan Anwar itu atas jemputan Presiden Brazil Lula da Silva. News
King grants audience to new Attorney General, Chief Secretary to Govt at Istana Negara Posted on 12/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 12 — His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, granted an audience to the new Attorney General, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, at Istana Negara today. The appointment of Mohd Dusuki, 57, effective today, is to replace Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh who has been appointed as… Read More
Govt plans major overhaul of Sabah’s Cap.123 Ordinance with 48 new sections, addressing citizenship and administrative updates Posted on 20/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 20 — The government is planning to amend the Registration of Births and Deaths Ordinance (Sabah Cap.123) to update and align its provisions to the National Registration Department’s (JPN) current administrative system, said Deputy Home Minister Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. He said the proposed amendments… Read More
I won’t step down as Sabah Umno chief, says Bung Posted on 21/11/2024 KOTA KINABALU, Nov 20 — Datuk Seri Bung Moktar Radin said he will not entertain calls for him to step down as Sabah Umno chief over his corruption case and declared he would continue to lead the party’s state chapter. The Kinabatangan MP was urged to resign as Sabah Umno… Read More