Seludup 20 warga Myanmar, 2 ‘tekong’ Kemboja dicekup Posted on 21/11/2024 By udot Ketua Polis Kubang Pasu Mohd Redzuan Salleh, berkata 20 warga asing itu cuba diseludup masuk menggunakan dua MPV. (Gambar Facebook) ALOR SETAR: Dua lelaki Kemboja ditahan ketika cuba menyeludup 20 warga Myanmar dengan menggunakan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) di tepi Jalan Hosba, Changlun dekat Kubang Pasu, semalam. Ketua Polis Kubang Pasu Mohd Redzuan Salleh, berkata sepasukan pegawai dan anggota Balai Bukit Kayu Hitam bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kubang Pasu yang membuat rondaan di Sintok telah terserempak dengan dua MPV itu dalam keadaan mencurigakan. “Pemeriksaan lanjut telah menemui 12 lelaki dan lapan wanita warga Myanmar yang berusia antara 20 hingga 40 tahun di dalam kedua-dua MPV yang dipandu dua lelaki warga Kemboja yang dipercayai bertindak sebagai tekong. “Hasil pemeriksaan mendapati semua warga Myanmar itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya dalam kenyataan. Redzuan berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua tekong itu telah menerima upah daripada seorang lelaki warga Myanmar lain dengan bayaran RM1,000, membawa semua warga asing itu dari sempadan Bukit Kayu Hitam ke Kuala Nerang. Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali. “Polis sentiasa peka dalam usaha membanteras jenayah melibatkan aktiviti pemerdagangan manusia terutamanya di sempadan Malaysia-Thailand. Masyarakat boleh memberi maklumat dengan menyalurkan ke talian MERS 999 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. News
Cops probe North-South Expressway crash involving police vehicle, car Posted on 18/11/2024 Bukit Aman traffic investigation and enforcement department director Yusri Hassan Basri said police have received a report on the incident. PETALING JAYA: Police are investigating a collision between a police vehicle and a car on the North-South Expressway in Seremban yesterday that was captured in a viral video. Bukit Aman… Read More
Pahang pledges full support in MACC probe into bauxite theft and bribery scandal Posted on 16/11/2024 KUANTAN, Nov 16 — The Pahang government has pledged full cooperation with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) in the investigation into the illegal excavation of mineral resources, believed to contain bauxite, bypassing proper procedures, in the state. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, reaffirmed that the state government… Read More
Revolution over but more protests than ever in Bangladesh Posted on 16/11/2024 Students from anti-discrimination movements and Bangladesh Nationalist Party activists attack an Awami League supporter in Dhaka. (AP pic) DHAKA: The solo protest of Bangladeshi hunger striker Mahbubul Haque Shipon is hard to spot among the six other demonstrations under way on the same busy thoroughfare. Shipon’s country is emerging from… Read More