Sumber air Kg Kelaik tak langgar had piawai logam berat, kata KKM Posted on 20/12/2024 Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kebimbangan penduduk Kampung Kelaik mengenai aktiviti perlombongan boleh menyebabkan pencemaran logam berat pada sumber air mereka. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Siasatan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiada pelanggaran had piawaian logam berat di beberapa lokasi yang menjadi sumber bekalan air penduduk di Kampung Kelaik, Pos Blau, Gua Musang, Kelantan. KKM berkata hasil siasatan itu merupakan persampelan air tandak (empangan kecil dibuat penduduk) pada 9 Dis lalu menunjukkan tiada pelanggaran had piawaian kandungan logam berat aluminium, arsenik, ferum dan kromium. “KKM melalui Jabatan Kesihatan Kelantan dan pejabat kesihatan daerah akan menjalankan pemantauan kualiti bekalan air di Kampung Kelaik secara berkala dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli,” katanya dalam satu kenyataan. Semalam, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengarahkan dua syarikat menghentikan aktiviti perlombongan di Sungai Kelaik, Gua Musang yang dikhuatiri menyebabkan pencemaran sungai. Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata arahan itu hasil siasatan Jabatan Alam Sekitar terhadap pematuhan dua syarikat terbabit mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sementara itu, KKM berkata hasil saringan kesihatan ke atas 200 penduduk kampung menerusi Program Jalinan Kasih yang diadakan pada 23 Sept lalu mendapati tiada kes akut yang disebabkan oleh keracunan logam berat. KKM berkata saringan itu juga diperolehi daripada data daripada fasiliti kesihatan yang terdekat iaitu di Klinik Kesihatan Kuala Betis dan Klinik Kesihatan Pos Brooke. “Mengambil kira perkembangan semasa, KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan akan menjalankan kajian lanjutan untuk mengenalpasti kesan kronik pendedahan logam berat terhadap kesihatan penduduk di Kampung Kelaik,” katanya. KKM juga menasihatkan penduduk Kampung Kelaik terus menggunakan sumber air yang bersih bagi kegunaan harian. KKM berkata akan menjalankan kajian lanjut ke atas sumber air dan sungai yang berkemungkinan menyebabkan keracunan seperti yang dilaporkan oleh media. Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kebimbangan penduduk Kampung Kelaik mengenai aktiviti perlombongan boleh menyebabkan pencemaran logam berat pada sumber air mereka. News
TikTok makes AI driven ad tool available globally Posted on 15/11/2024 TikTok’s AI-powered Symphony Creative Studio can quickly generate videos, images, or written content based on everyday language requests. (AP pic) SAN FRANCISCO: TikTok on Thursday began letting all marketers on its platform use an artificial intelligence-powered tool for generating marketing clips, becoming the latest platform to let advertisers tap into… Read More
PM komited bantu urusan halal komuniti Islam Brazil Posted on 18/11/2024 Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berbincang dan bertukar pandangan soal pembangunan ummah bersama komuniti Islam Brazil, di Masjid Luz di Rio de Janeiro. (Gambar Bernama) RIO DE JANEIRO: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memulakan program dengan sesi diskusi santai bersama komuniti Islam di sini. Beliau turut menyatakan komitmen Malaysia dalam membantu urusan… Read More
Death toll from Cyclone Chido in Mozambique rises to 73 Posted on 20/12/2024 Chido brought winds of around 260kph and heavy rainfall of around 250mm in 24 hours. (Unicef/AFP pic) MAPUTO: Cyclone Chido has killed at least 73 people in Mozambique, the national institute of risk and disaster management said today, raising the death toll from the figure of 45 it announced the… Read More