Tak ada ahli ikut Mahathir Rais, kata pemimpin Bersatu Wilayah Persekutuan Posted on 11/01/2025 Seorang pemimpin Bersatu di Wilayah Persekutuan kecewa dengan tindakan Mahathir Rais keluar parti, sambil menyatakan pendirian beliau tidak mencerminkan bahagian itu secara keseluruhan. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Pemimpin bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan yakin tiada ahli lain menuruti jejak Mahathir Rais, yang sebelum ini lantang menentang himpunan solidariti Najib Razak. Hari ini, Mahathir yang juga bekas ketua Bersatu Segambut, melepaskan jawatan setiausaha Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan kuat kuasa serta-merta. Katanya kepada FMT, beliau memberi alasan bahawa ‘perjuangan sudah tidak selari’ menjadi sebab tindakannya itu. Penyandang Timbalan Ketua Bersatu Wilayah Persekutuan, Mohd Badrul Ezan, berkata pihaknya menghormati hak Mahathir meninggalkan parti, namun ia tidak sampai menjejaskan Bersatu secara keseluruhan. “Sebelum ini dalam kalangan kepimpinan Bersatu Wilayah (Persekutuan) tiada pergolakan antara kami, hubungan baik sahaja dan kami tahu beliau umum keluar parti hanya melalui kenyataan media sahaja. “Tindakan beliau keluar parti tidak menjejaskan Bersatu Wilayah dan kita akan terus bergerak ke depan bagi persiapan PRU akan datang. Kita juga baru sahaja lepas adakan pemilihan parti dan di wilayah ini majoriti ketua bahagian dari kalangan muka baharu dari pelbagai latar belakang,” katanya kepada FMT. Sementara itu, Ketua Bersatu Segambut Dr Nur Izzah Norma meluahkan rasa kecewa susulan keputusan dibuat Mahathir. “Saya selaku ketua di Segambut amat kesal dengan keputusan yang telah diambil. Namun, segala keputusan dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pandangan bahagian secara keseluruhannya. “Bersatu Segambut mengambil pendekatan kekal bersama dengan kepimpinan Bersatu Malaysia.” Terdahulu, Mahathir dalam surat dihantar memaklumkan keluar parti kepada Radzi Jidin sebagai penyandang jawatan ketua Bersatu Wilayah Persekutuan. Mahathir adalah pemimpin bahagian lantang mengkritik himpunan diketuai PAS menyokong Najib Razak pada 6 Jan, mengatakan ia mencerminkan kesediaan PN berkompromi dengan prinsipnya demi kepentingan politik. News
GRS reaffirms commitment to work with Sabah PH for state election Posted on 15/12/2024 GRS chairman Hajiji Noor said he has informed his PH counterpart, Anwar Ibrahim, about the commitment to work together. PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah has reaffirmed its commitment to continue cooperating with Sabah Pakatan Harapan for the upcoming state election. GRS chairman Hajiji Noor said he has conveyed this commitment… Read More
China warns NZ against joining Aukus amid security concerns Posted on 27/11/2024 New Zealand previously stated it had been gathering information on future Aukus cooperation but made no commitments. (AP pic) WELLINGTON:- Chinese ambassador to New Zealand Wang Xiaolong said that if New Zealand were to join security grouping Aukus it would “inevitably” have negative consequences for the country’s relationship with China…. Read More
Imigresen tahan 17 ‘ulat parkir’ warga asing di Bukit Bintang Posted on 31/12/2024 Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti itu menyalurkan maklumat kepada imigresen untuk tindakan lanjut. (Gambar Facebook) KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Kuala Lumpur melumpuhkan satu sindiket parkir haram yang beroperasi di sekitar Bukit Bintang dengan penahanan 17 lelaki warga asing… Read More