Tak perlu tunggu PRN untuk jalin kerjasama dengan GRS Posted on 10/11/2024 By udot Timbalan Setiausaha Agung Armizan Mohd Ali kata tidak perlu tunggu PRN untuk jalin kerjasama dengan GRS. PAPAR: Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu PRN17. Timbalan Setiausaha Agung GRS Armizan Mohd Ali berkata sekiranya ada pihak yang mahu bekerjasama, ia perlulah dimulakan sekarang sebelum PRN yang dijangka diadakan pada tahun depan. “Sekarang ada tempoh setahun lagi (sebelum PRN17), bekerjasamalah dengan kerajaan. Tunjukkan keikhlasan,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan di Jalan Sabindo dan menerima taklimat daripada Kementerian Kerja Raya di Kampung Suangon. Armizan berkata sebarang kerjasama dengan pihak lain akan diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi GRS. Sebagai gabungan parti yang terdiri daripada pelbagai parti tempatan, keputusan tidak diambil secara bersendirian tetapi mengambil kira pandangan semua pihak yang terlibat, katanya. Komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS). News
PAC to investigate six-year delay of Penang’s RM256m Bayan Baru sewage treatment plant project, says chairman Posted on 17/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 16 — The Public Accounts Committee (PAC) will hold proceedings regarding the repeated extensions of time provided that caused the Bayan Baru Regional Sewage Treatment Plant (Phase 2) project to be delayed for more than six years. Its chairman, Datuk Mas Ermieyati Samsudin said the proceeding, scheduled… Read More
Sultan Nazrin graces Perak Deepavali celebration as MB Saarani issues reminder not to take harmony for granted Posted on 24/11/2024 IPOH, Nov 23 — The Sultan of Perak, Sultan Nazrin Shah, today graced the state’s 2024 Deepavali Celebrations at the Indera Mulia Stadium here. Raja Permaisuri of Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Di Hilir Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah, and Raja Puan… Read More
UPNM cadet attack: KL cops record statements from nine, including victim; to question main suspect today Posted on 11/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 11 — City police have stepped up their investigation into a case of alleged bullying at Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), following the injury of a 19-year-old male cadet. Kuala Lumpur police chief Commissioner Datuk Rusdi Mohd Isa said statements have been taken from the alleged victim… Read More