28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab Posted on 21/11/2024 By udot MyCC merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Julai tahun lalu dan Grab Inc memperoleh perintah certiorari untuk membatalkan cadangan denda itu. PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Feb tahun depan untuk menyampaikan keputusan berhubung rayuan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat berhubung dakwaan amalan antipersaingan oleh syarikat e-hailing terbabit. Peguam MyCC Mervyn Lai Wei Shiung mengesahkan tarikh berkenaan kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. Isnin lalu, panel tiga hakim diketuai S Nantha Balan mendengar hujah daripada peguam MyCC dan Grab Inc serta dua anak syarikatnya, iaitu Grabcar Sdn Bhd dan Myteksi Sdn Bhd. Mahkamah kemudian menangguhkan keputusan ke tarikh lain. Panel itu turut dianggotai Hakim Lim Chong Fong dan Ahmad Kamal Md Shahid. MyCC merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Julai tahun lalu dan syarikat berkenaan memperoleh perintah certiorari untuk membatalkan cadangan denda itu. Pada Disember 2019, tiga syarikat terbabit memfailkan semakan kehakiman selepas MyCC mencadangkan denda sebanyak RM86.77 juta, mendakwa syarikat berkenaan melanggar Akta Persaingan 2010 kerana menyalahgunakan kedudukan dominan dengan mengenakan klausa sekatan terhadap pemandu, menghalang mereka daripada mempromosikan dan menyediakan perkhidmatan pengiklanan untuk pesaing syarikat itu. Mahkamah Tinggi pada 2020, menolak permohonan Grab dan anak syarikat untuk memulakan semakan kehakiman atas alasan langkah itu ‘pramatang’ kerana keputusan yang dicadangkan belum muktamad. Grab merayu keputusan itu pada April 2021, Mahkamah Rayuan kemudian membenarkan rayuan Grab untuk mendapatkan kebenaran dan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran atas meritnya. Pada 2022, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan MyCC untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. Mahkamah Tinggi kemudian meneruskan perbicaraan penuh untuk merit semakan kehakiman pada 2022. Isnin lalu, peguam utama MyCC Tommy Thomas berhujah bahawa permohonan syarikat untuk semakan kehakiman adalah pramatang kerana syarikat berkenaan masih belum menyelesaikan proses rayuan yang diperuntukkan di bawah Akta Persaingan. Peguam Malik Imtiaz Sawar yang mewakili Grab Inc dan anak syarikat berhujah bahawa dakwaan MyCC mengenai keputusan yang dicadangkan hanyalah sebahagian daripada proses penyiasatan adalah salah, dengan merujuk kepada Seksyen 36(1) Akta Suruhanjaya Persaingan yang jelas menyatakan bahawa keputusan yang dicadangkan dikeluarkan selepas siasatan selesai. News
German club St Pauli quits X over alleged hate speech Posted on 15/11/2024 Hamburg-based St Pauli are known for having an alternative fan scene and left-wing supporter base. (EPA Images pic) BERLIN: German Bundesliga club St Pauli said today it was withdrawing from X because the social media platform had become an ‘amplifier of hate’ that could influence German politics. Announcing its reasons… Read More
12 paramedik, sukarelawan maut dalam serangan Israel di Lubnan Posted on 10/11/2024 Kementerian Kesihatan Lubnan mengutuk tindakan Israel yang terus menyasarkan paramedik dalam serangan udara yang dilakukan. (Gambar AP) BEIRUT: Serangan udara Israel ke atas beberapa bandar di daerah Tyre, selatan Lubnan pada Sabtu mengorbankan 12 paramedik dan sukarelawan pertahanan awam manakala tiga yang lain cedera, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan… Read More
Hamas rules out hostages-for-prisoners swap unless Gaza war ends Posted on 21/11/2024 Families of hostages held by Hamas in Gaza hold photos of their loved ones during a protest outside the Israeli prime minister’s house in Jerusalem. (AP pic) CAIRO: Hamas’ acting Gaza chief Khalil al-Hayya said in remarks broadcast on Wednesday that there would be no hostages-for-prisoners swap deal with Israel… Read More