Jontih mahu saman SMM dan 2 individu RM30 juta Posted on 05/12/2024 Bekas CEO SMM Jontih Enggihon rancang menuntut ganti rugi atas apa yang didakwanya sebagai konspirasi berniat jahat yang telah cemar nama baiknya dan menyebabkan dia alami tekanan mental. (Gambar PKINK) PETALING JAYA: Bekas CEO sebuah syarikat yang terlibat dalam siasatan rasuah membabitkan beberapa Adun Sabah mengumumkan rancangan untuk memfailkan saman RM30 juta terhadap syarikat itu, ketua pegawai eksekutif sekarang, dan setiausaha. Jontih Enggihon mahu menuntut ganti rugi atas apa yang didakwanya sebagai konspirasi berniat jahat yang telah mencemarkan nama baiknya dan menyebabkan dia mengalami tekanan mental yang teruk. Beliau berkata saman itu sebagai tindak balas terhadap tuduhan Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), CEO Natasha Sim dan setiausaha syarikat itu terhadapnya. “Saya bekerjasama rapat dengan peguam bela saya untuk memulakan tindakan sivil atas kerosakan reputasi, kerosakan mental, dan kesedihan yang mereka timbulkan,” katanya dalam kenyataan. Bulan lalu, SMM menuduh Jontih melanggar kewajipan fidusiari dan melakukan fraud dan salah laku. Laporan dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menuduh Jontih berpakat dengan individu yang dikatakan seorang pemberi maklumat di sebalik video dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan beberapa Adun Sabah. Sim berkata salah laku yang didakwa dilakukan oleh Jontih itu terbongkar susulan siasatan dalaman menyeluruh ke atas hal ehwalnya semasa memegang jawatan itu. Jontih menafikan dakwaan-dakwaan itu dan berkata dakwaan mengatakan beliau bertindak sebagai orang tengah adalah suatu ‘pembohongan’. Hari ini, Jontih berkata dia beri kerjasama penuh dalam siasatan SPRM dan polis ke atas dakwaan-dakwaan itu, serta yakin akan dibuktikan tidak bersalah dan keadilan akan ditegakkan. Jontih mendakwa dia punyai bukti bahawa Sim dan setiausaha syarikat tidak memberitahukan perjalanan ke Indonesia yang ditaja pada awal tahun ini. Jontih juga mendakwa mempunyai rakaman suara dan bukti lain yang menunjukkan setiausaha syarikat itu menyediakan dokumen yang mengelirukan, manakala Sim menggunakan rekod lapuk untuk memperdaya lembaga pengarah SMM. Pada 29 Nov, Sim menafikan dakwaan beliau tidak memberitahukan perjalanan itu, serta nafi dakwaan bahawa dia mengelirukan lembaga pengarah dengan meminda minit mesyuarat. FMT difahamkan bahawa Sim mempunyai dokumen untuk menafikan dakwaan-dakwaan itu. News
PM Anwar, Yoon review 64 years of Malaysia-South Korea relations, plan future cooperation Posted on 25/11/2024 SEOUL, Nov 25 — Malaysian Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today met with South Korean President Yoon Suek Yeol at the Yongsan Presidential Office, here. The two leaders, accompanied by several ministers, held a bilateral meeting starting at 11.10am (10.10am Malaysian time) for about an hour where they touched… Read More
Daim couldn’t live his final days in peace, laments heartbroken Dr M Posted on 13/11/2024 Daim Zainuddin (left) served as finance minister twice under Dr Mahathir Mohamad. (Bernama pic) PETALING JAYA: Former prime minister Dr Mahathir Mohamad has expressed deep sadness over the death of his good friend Daim Zainuddin, lamenting that he could not live his final days in peace because of accusations of… Read More
Over 100,000 flood victims evacuated in 9 states Posted on 30/11/2024 Floodwaters inundated the Taman Pinggiran housing estate in Tampin, Negeri Sembilan. The state is one of nine which have suffered flooding. (Bernama pic) PETALING JAYA: More than 100,000 people have been evacuated to relief centres as monsoonal rains caused floods in nine states. Three people have died and 103,226 have… Read More