Pemilihan PKR: Kedudukan timbalan, naib presiden penting stabilkan pemerintahan Anwar Posted on 11/01/2025 Ketika ini jawatan timbalan presiden PKR disandang Rafizi Ramli manakala kerusi naib presiden diduduki Nik Nazmi Nik Ahmad selain Amirudin Shari, Aminuddin Harun dan Chang Lih Kang. PETALING JAYA: Kekuatan timbalan dan naib presiden PKR yang bakal dipilih pada pemilihan parti akan datang penting untuk memastikan kestabilan kepimpinan Anwar Ibrahim, kata penganalisis. Felo Majlis Profesor Negara (MPN), Azmi Hassan, berkata ini kerana pemimpin PKR dipilih ke jawatan itu boleh menyokong Anwar meneruskan pentadbirannya di Putrajaya selepas PRU16 walaupun sudah mencapai had tiga penggal sebagai presiden parti. Azmi Hassan. “Ini yang mungkin cuba dikatakan (naib presiden PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad untuk menstabilkan kepimpinan Anwar. “Bagi saya jawatan itu (timbalan dan naib presiden) penting bagi mengekalkan kedudukan Anwar sebagai perdana menteri walaupun bukan lagi menjadi presiden,” katanya kepada FMT. Beliau mengulas kenyataan Nik Nazmi, kelmarin, yang dilaporkan Berita Harian bahawa pemilihan parti dijadualkan selepas Mei ini bertujuan menstabilkan kepemimpinan Anwar. Ketika ini, jawatan timbalan presiden PKR disandang Menteri Ekonomi Rafizi Ramli manakala kerusi naib presiden pula diduduki Nik Nazmi yang juga menteri sumber asli dan kelestarian alam selain Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang. Semuanya menang pada pemilihan berlangsung Mei 2022. Mereka yang dilantik sebagai naib presiden pula terdiri Nurul Izzah Anwar, Saraswathy Kandasami dan Awang Husaini Sahari. Anwar mula mengetuai PKR pada penggal 2018-2021 sebelum mempertahankan kedudukan itu untuk penggal 2022-2025, kedua-duanya menang tanpa bertanding. Pada kongres khas bulan lalu, Anwar menggesa proses pemilihan parti dilaksanakan segera bagi membolehkan peralihan kepimpinan selaras dengan prinsip demokrasi dijunjung tinggi. Syaza Shukri. Sementara itu, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berpendapat kenyataan Nik Nazmi bukan bermaksud tiada lagi demokrasi dalam PKR kerana seolah-olah tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi disandang Anwar. “Saya rasa seperti yang Nik Nazmi kata ia lebih kepada mengukuhkan kedudukan PKR dalam kerajaan. Namun, saya rasa sikap terbuka untuk bersuara dan menyoal presiden PKR sepatutnya berterusan. “Kestabilan tak bererti semua berdiam dan ia tak bagus untuk parti kerana presiden perlu tahu perkara di bawah,” katanya. News
Landslide traps family in Terengganu, two sisters dead, brother rescued Posted on 30/11/2024 KUALA BERANG, Nov 30 — Two sisters were killed in a landslide that buried their house in Kampung Bukit Apit, Ajil, here at 4.30pm yesterday. The Malaysian Fire and Rescue Department’s (JBPM) Terengganu chapter director, Hassan ‘As’ari Omar, said the two victims’ brother was found injured. “At the time of… Read More
Turkey says over 25,000 Syrians returned home since Assad’s fall Posted on 25/12/2024 Turkey was home to nearly three million Syrian refugees who fled the civil war that broke out in 2011. (EPA Images pic) ISTANBUL: More than 25,000 Syrians have returned home from Turkey since Bashar al-Assad was overthrown by Islamist-led HTS rebels, Turkey’s interior minister said Tuesday. Turkey is home to nearly… Read More
10 penuntut IPG cedera, 1 maut dalam kemalangan di Gua Musang Posted on 19/12/2024 Keadaan salah sebuah kenderaan dinaiki mangsa yang remuk selepas dilanggar sebuah treler di Jalan Gua Musang–Kuala Lipis hari ini. (Gambar IPD Gua Musang) KOTA BHARU: Seorang penuntut wanita di sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di Besut, Terengganu maut manakala 10 penuntut yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan empat kereta yang… Read More