Sistem kod QR akan diperluas kepada pengembara Asean Posted on 11/01/2025 Tempoh pelepasan imigresen bagi pengguna kod QR hanya mengambil empat saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan pintu automatik konvensional. (Gambar Bernama) SEPANG: Penggunaan sistem kod respons pantas (QR) menerusi aplikasi MyBorderPass akan diperluas kepada pengembara Asean bagi proses keluar dari Malaysia. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia selaku pengerusi Asean tahun ini, menjadi tanggungjawab Jabatan Imigresen memastikan proses keluar masuk lancar di pintu masuk utama negara. “Tahun ini, kita akan menjadi tuan rumah hampir 400 mesyuarat di peringkat pegawai, pegawai kanan, menteri dan juga ketua negara yang dikendalikan Wisma Putra dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). “Untuk proses masuk, mereka guna sistem biasa, tetapi proses keluar kita benarkan mereka guna laluan untuk kod QR,” katanya selepas meninjau Gate Kod QR MyBorderPass dan Sistem Smart Q di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini. Ketika ini, beliau berkata, penggunaan sistem kod QR hanya boleh digunakan rakyat Malaysia bagi urusan keluar masuk negara di Terminal 1 dan 2 KLIA. Setakat ini, 40 unit autogate kod QR dipasang membabitkan 20 unit di Terminal 1 dan 20 di Terminal 2 KLIA untuk ketibaan serta pelepasan dengan kos keseluruhan pemasangan RM19.2 juta. “Hingga kini, 400,000 rakyat Malaysia telah memuat turun aplikasi MyBorderPass bagi memudahkan penggunaan sistem pelepasan kod QR itu. “Pengguna hanya perlu log masuk dan sistem ini membolehkan pelepasan dilakukan dalam masa 60 saat (purata empat saat),” katanya sambil menambah pasport masih perlu dibawa bersama, namun tiada proses cap secara fizikal kerana maklumat disimpan secara elektronik. Beliau berkata, jumlah penggunaan keseluruhan yang direkodkan setakat ini ialah 55,000 pengguna dalam tempoh 11 hari sejak dilancarkan 1 Jan lalu. Menurutnya, sistem kod QR itu dirancang diperluas ke lapangan terbang antarabangsa utama lain, seperti Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching dan Langkawi. Berkongsi pengalamannya menggunakan sistem kod QR itu, Saifuddin berkata, tempoh pelepasan imigresen hanya mengambil empat saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan pintu automatik konvensional. Beliau mengguna pakai sistem kod QR itu sebelum berlepas ke Abu Dhabi pagi ini bagi menyertai lawatan rasmi bersama Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. News
Two drown in Machang after refusing to evacuate, taking Kelantan’s flood death toll to five Posted on 02/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 1 — Two men have drowned in separate incidents in the Machang area, bringing the total number of flood-related deaths in Kelantan to five. Kelantan Police Chief, Datuk Mohd Yusoff Mamat, confirmed the victims were both elderly men, aged 72 and 78, who had been checking on… Read More
Medical assistant dies after Honda SUV driver loses control and crashes into Myvi on Kuantan-Segamat road Posted on 30/12/2024 KUANTAN, Dec 30 — A medical assistant officer was killed, and seven others were injured in a two-vehicle collision at KM 37 of Jalan Kuantan-Segamat yesterday. Pekan District police chief, Supt Mohd Zaidi Mat Zin, said the accident occurred around 8.15 pm and claimed the life of Nur Ezyyantie Aliakbar,… Read More
Tanggungjawab kerajaan dedah titah adendum diraja, kata peguam Posted on 06/01/2025 Najib Razak memohon kebenaran Mahkamah Rayuan untuk mengemukakan bukti baharu bagi membuktikan kewujudan perintah adendum Agong terdahulu yang membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara bawah tahanan rumah. (Gambar Bernama) PUTRAJAYA: Kerajaan dan ejennya terikat dengan tanggungjawab untuk mendedahkan kewujudan titah diraja yang didakwa membenarkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani… Read More