4 tentera Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan Posted on 08/11/2024 By udot The Malaysian Battalion 850-12 (Malbatt 850-12) team serving under the United Nations Interim Force in Lebanon (Unifil) during the sending-off ceremony for the first batch of MALBATT 850-12 to Lebanon at the Subang Air Base yesterday. PETALING JAYA: Beberapa anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 850-12) yang berlepas ke Lubnan semalam dikhuatiri cedera susulan insiden letupan di negara itu, kata Menteri Pertahanan Khaled Nordin. Bernama melaporkan Khaled sebagai berkata, pasukan itu yang bernaung di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (Unifil) dipercayai cedera terkena serpihan letupan. Mereka berada di sana bagi menyambung misi pengaman di negara bergolak itu. Dalam pada itu, Reuters melaporkan, satu serangan Israel di bandar selatan Lubnan, Sidon, membunuh tiga warga Lubnan selain mencederakan tiga askar negara itu, manakala empat askar Malaysia daripada Unifil. Tentera Lubnan berkata, serangan menyasarkan sebuah kereta ketika melepasi pos pemeriksaan, sekali gus membawa kematian tiga warga Lubnan yang berada dalam kenderaan berkenaan. Askar yang cedera bertugas di pos itu dengan anggota Unifil yang cedera berada dalam kenderaan pasukan pengaman PBB tersebut, yang pada masa sama melalui pusat pemeriksaan terbabit, menurut kenyataan tentera. Penghantaran dan penugasan Malbatt 850-12 pertama ke Lubnan berlepas dari Pangkalan Udara Subang, semalam, yang menjadi sebahagian persefahaman dengan PBB bagi misi keamanan di negara berkenaan. Semalam, Khaled berkata pasukan Malbatt 850-11 ketika ini bertugas di selatan Lubnan dilaporkan selamat. Katanya, kerajaan khuatir akan serangan udara, namun sejak akhir-akhir ini tiada serangan seumpama itu. “Selain itu, kawasan yang berada di bawah tanggungjawab anggota terletak sedikit ke dalam dan bukan betul-betul di sempadan antara Lubnan dan Israel,” katanya menurut Bernama. News
PM Anwar: Malaysia to host inaugural coordination meeting with Saudi Arabia, with focus on trade, AI and clean energy Posted on 12/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 12 — Malaysia is prepared to host the First Coordination Meeting between Malaysia and Saudi Arabia at the Foreign Minister level to discuss further cooperation between the two nations. This was conveyed by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim during a meeting with Crown Prince and Prime… Read More
Hajiji calls on GRS to strengthen ties, counter ‘lies’ Posted on 17/11/2024 GRS chairman Hajiji Noor said he is confident the Liberal Democratic Party can play a vital role in ‘combating and resisting dirty tactics used by the opposition’. PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah chairman Hajiji Noor has called on all component parties in the coalition to unite in light of recent… Read More
Fuel prices remain unchanged Posted on 20/11/2024 PETALING JAYA: The prices of RON97, RON95 and diesel will remain the same in the coming week, the finance ministry announced today. The price of RON97 will stay at RM3.19 per litre and RON95 at RM2.05 per litre. In Peninsular Malaysia, diesel will continue to be sold at RM2.95 per… Read More