Tak perlu tunggu PRN untuk jalin kerjasama dengan GRS Posted on 10/11/2024 Timbalan Setiausaha Agung Armizan Mohd Ali kata tidak perlu tunggu PRN untuk jalin kerjasama dengan GRS. PAPAR: Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu PRN17. Timbalan Setiausaha Agung GRS Armizan Mohd Ali berkata sekiranya ada pihak yang mahu bekerjasama, ia perlulah dimulakan sekarang sebelum PRN yang dijangka diadakan pada tahun depan. “Sekarang ada tempoh setahun lagi (sebelum PRN17), bekerjasamalah dengan kerajaan. Tunjukkan keikhlasan,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan di Jalan Sabindo dan menerima taklimat daripada Kementerian Kerja Raya di Kampung Suangon. Armizan berkata sebarang kerjasama dengan pihak lain akan diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi GRS. Sebagai gabungan parti yang terdiri daripada pelbagai parti tempatan, keputusan tidak diambil secara bersendirian tetapi mengambil kira pandangan semua pihak yang terlibat, katanya. Komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS). News
Flood-hit Spain drenched by wettest October on record Posted on 09/11/2024 The downpours in Spain peaked during a ferocious Mediterranean storm on Oct 29 that desolated the eastern Valencia region. (AP pic) MADRID: Spain was soaked in its wettest October on record last month which culminated in catastrophic floods that have killed 219 people and left dozens missing, the government said… Read More
Saya hanya seloroh, kata Adun Sabah terpalit skandal rasuah Posted on 16/11/2024 Adun Tempasuk Mohd Arsad Bistari berkata perbualannya dalam rakaman itu adalah komunikasi bersifat ringan yang dimanipulasikan. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Adun Tempasuk Mohd Arsad Bistari menjelaskan perbualannya dalam video tular dikaitkan dengan dakwaan skandal rasuah dibuat secara berseloroh. Arsad berkata, rakaman itu disunting dan disebar dengan niat jahat namun beliau… Read More
Minister disputes claim on increase of tertiary-educated workers in low-skilled jobs Posted on 19/11/2024 Human resources minister Steven Sim affirmed that the government is committed to tackling underemployment in the country. KUALA LUMPUR: The claim that Malaysia’s underemployment rate among tertiary-educated workers increased by 100,000 in the third quarter (Q3) of 2024 is inaccurate, says human resources minister Steven Sim. Responding to Afnan Hamimi… Read More