Kerajaan mahu Dhaka perjelas permintaan ekstradisi 2 individu Posted on 10/11/2024 By udot Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau telah membincangkan permintaan ekstradisi Bangladesh dengan peguam negara dan ketua polis negara. NIBONG TEBAL: Kerajaan mahu Bangladesh menjelaskan tujuan permintaannya untuk mengekstradisi dua ahli perniagaan, pengasas Bestinet Sdn Bhd Aminul Islam dan rakan perniagaannya Ruhul Amin. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail. berkata Dhaka perlu mendedahkan sama ada ia mahu menyiasat Aminul dan Ruhul atau mendakwa mereka di mahkamah, sambil menambah ia tidak menyatakan tujuan permintaan ekstradisi itu. “Kalau objektifnya untuk Dhaka menjalankan siasaan, ia kena gunakan saluran bantuan perundangan bersama. “”Jika tujuan Dhaka adalah untuk mendakwa nama-nama ini di mahkamah, maka Dhaka harus mengatakan itu tujuan ekstradisi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada satu acara di sini hari ini. Saifuddin berkata kedua-dua mereka hanya boleh diekstradisi jika Dhaka mendakwa mereka dan perkara itu telah dibincangkan dengan peguam negara dan ketua polis negara. “Saya percaya KPN akan menangani perkara ini, berhubung dengan rakan sejawatannya dari Bangladesh.” BERITA LANJUT MENYUSUL News
Former Man Utd striker Forlan swings and misses in tennis debut Posted on 14/11/2024 Uruguay’s Diego Forlan returns the ball to Boris Arias and Federico Zeballos in a men’s doubles match at the Uruguay Open in Montevideo. (AP pic) MONTEVIDEO: Former Uruguay striker Diego Forlan swung and missed on court with Argentina’s Federico Cori as his tennis doubles debut ended in defeat, losing 6-1,… Read More
28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab Posted on 21/11/2024 MyCC merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Julai tahun lalu dan Grab Inc memperoleh perintah certiorari untuk membatalkan cadangan denda itu. PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Feb tahun depan untuk menyampaikan keputusan berhubung rayuan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta… Read More
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing untuk tangani isu gaji – Amir Hamzah Posted on 06/11/2024 Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan pekerja tempatan turut mendapat manfaat. Read More