Kemuka dokumen palsu RM1 juta, Datuk direman Posted on 12/11/2024 By udot Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk mendapatkan perintah reman. (Gambar SPRM) PETALING JAYA: Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bernilai kira-kira RM1.1 juta. Sumber berkata, dokumen itu membabitkan permohonan kuota pekerja asing untuk kelulusan Kementerian Sumber Manusia Katanya, suspek lelaki berusia sekitar 40-an yang juga warga Bangladesh ditahan kira-kira 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di SPRM Selangor. Menurutnya, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2023 dengan mengemukakan dua permohonan kuota melibatkan seramai 600 pekerja asing oleh syarikat berkenaan sedangkan pembekalan tenaga kerja bagi projek dikemukakan tidak wujud. “Dua permohonan ini melibatkan pembayaran levi kira-kira RM650,000 dan RM460,000,” katanya. Katanya, suspek direman enam hari hingga 17 Nov selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi. Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. News
Terima hakikat hak mutlak Sarawak ke atas sumbernya Posted on 22/11/2024 Senator Robert Lau berkata, Petronas mesti menerima hakikat Sarawak punya hak mutlak mengawal sumber dalam wilayahnya. (Gambar AFP) PETALING JAYA: Tiba masa semua pihak menerima hakikat Sarawak mempunyai hak mutlak ke atas sumber gasnya, kata seorang senator. Robert Lau berkata, lebih 50 tahun kerajaan persekutuan dan Petronas menikmati manfaat besar… Read More
Kane hits out at player withdrawals ahead of Nations League games Posted on 14/11/2024 England’s Harry Kane (left) leads the training session at St George’s Park ahead of their Nations League matches against Greece and Ireland. (AP pic) LONDON: England skipper Harry Kane has hit out at several players who withdrew from the national team ahead of their Nations League matches against Greece and… Read More
Natural Resources Ministry: Malaysia moves closer to single-use plastic bag ban by 2026, engages states on roadmap Posted on 08/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 7 — The Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES) is considering a nationwide ban on single-use plastic bags by 2026. In a written reply posted on the Parliament’s website, NRES stated that this policy is already in force in Negeri Sembilan, Penang, and Kota Kinabalu,… Read More