SST dijangka jana RM51.7 bilion pada 2025 Posted on 13/11/2024 By udot Amir Hamzah Azizan berkata, sebahagian hasil cukai tambahan SST akan dimanfaat menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Penambahbaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025, dianggar menjana hasil RM51.7 billion pada 2025, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan. Beliau berkata, unjuran itu menunjukkan peningkatan jangkaan RM5 billion daripada unjuran kutipan SST semasa, sebanyak RM46.7 billion. “Daripada jangkaan tambahan RM5 bilion tersebut, RM2.2 bilion adalah daripada kutipan cukai jualan, manakala RM2.8 bilion daripada kutipan cukai perkhidmatan. “Tambahan hasil ini memadai untuk menampung keperluan kerajaan sekarang dan dalam masa yang sama tidak membebankan rakyat berpendapatan rendah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat. Sementara itu, Amir Hamzah berkata skop cukai perkhidmatan pula akan diperluas bagi meliputi pembekalan perkhidmatan komersial antara perniagaan atau perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang pada masa ini tidak dikenakan cukai. Katanya, peluasan SST adalah lebih progresif kerana struktur dan kaedah peluasan SST mengambil kira kemampuan ekonomi rakyat serta kesan terhadap golongan berpendapatan rendah. “Peluasan SST memberi fokus kepada kenaan cukai ke atas barang dan perkhidmatan tertentu supaya makanan dan perkhidmatan asas yang tidak tertakluk kepada kenaan SST. “Oleh itu, ia tidak memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada barang dan perkhidmatan asas,” katanya. Menurutnya, peluasan skop kenaan cukai dan semakan semula kadar SST dengan pendekatan secara progresif ini sejajar dengan pengukuhan kedudukan fiskal. “Sebahagian hasil cukai tambahan daripada langkah penambahbaikan SST akan dimanfaat untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak serta meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan,” katanya. News
Fuel prices remain unchanged Posted on 20/11/2024 PETALING JAYA: The prices of RON97, RON95 and diesel will remain the same in the coming week, the finance ministry announced today. The price of RON97 will stay at RM3.19 per litre and RON95 at RM2.05 per litre. In Peninsular Malaysia, diesel will continue to be sold at RM2.95 per… Read More
Bag with RM1mil missing after collection from bank in Ampang Point Posted on 07/11/2024 A police report was lodged over the missing cash collected from a bank at the Ampang Point mall. (Facebook pic) PETALING JAYA: A bag containing RM1 million in cash was reported missing in Ampang yesterday. Ampang Jaya police said it received a police report about the incident at 3.55pm after… Read More
Lebih 17,000 remaja hamil tanpa kahwin, kata Nancy Posted on 10/11/2024 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri, berkata 44,263 kes kehamilan remaja direkodkan sejak lima tahun lalu. (Gambar Freepik) KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri menyuarakan kebimbangan isu kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur, pembuangan bayi, dan pengguguran tidak selamat di negara ini. Beliau berkata, berdasarkan data… Read More