Lelaki ditahan, PGA rampas orkid seludup RM145,000 Posted on 15/11/2024 By udot Pokok orkid yang berjaya dirampas Pasukan Gerakan Am semalam selepas dipercayai cuba diseludup masuk dari Thailand. (Gambar Facebook Brige Tenggara PGA) KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup pokok hiasan jenis orkid bernilai RM145,000 selepas menahan sebuah lori di sekatan jalan raya dekat Chang Empat Salam, Pasir Mas, semalam. Komander Briged Tenggara PGA, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata seorang lelaki berusia 33 tahun disyaki penghantar barangan berkenaan ditahan oleh sepasukan anggota Batalion 9 dalam Op Taring Wawasan pada 12.45 tengah hari. “Tangkapan dan rampasan dilakukan apabila menahan sebuah lori jenis Daihatsu yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan. “Hasil pemeriksaan lanjut menemui lebih 540 pohon pokok hiasan jenis orkid yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen yang sah untuk pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. News
Biden in historic Amazon trip as Trump return sparks climate fears Posted on 18/11/2024 US president Joe Biden has cut a diminished figure on his last swing through South America as leader. (AP pic) LIMA: US president Joe Biden will make an historic trip to the Amazon rainforest on Sunday to promote his record on fighting climate change ahead of a G20 summit overshadowed… Read More
Lawatan PM ke Brazil kukuh hubungan diplomatik 65 tahun Posted on 17/11/2024 Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang media sempena Sidang Kemuncak Apec 2024. (Gambar Bernama) LIMA: Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Brazil berlangsung dari 16 hingga 19 Nov bakal mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin selama 65 tahun selain dapat meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan. Menteri Luar Negeri, Mohamad… Read More
Kelantan MB seeks federal support under 13MP to boost manufacturing and food security goals in the state Posted on 18/11/2024 KOTA BHARU, Nov 17 — The Kelantan government called for the 13th Malaysia Plan (13MP) to prioritise strategic investments in the manufacturing sector to boost productivity and improve the income of its people, ultimately attracting investments to the state. Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud highlighted the critical need for… Read More