Sindiket palsu dokumen tumpas, 2 dalang utama ditahan Posted on 16/11/2024 By udot Jabatan Imigresen menjalankan operasi khas di tiga lokasi sekitar Setapak Jaya Khamis lalu berdasarkan aduan awam dan risikan selama tiga minggu. (Gambar JIM) PETALING JAYA: Satu sindiket pemalsuan dokumen tumpas susulan penahanan dua warga Pakistan dipercayai “dalang utamanya” di ibu negara, kelmarin. Sindiket itu menggunakan pasport tulen individu lain atau tamat tempoh dengan meminda maklumat biodata bagi kemudahan warga asing memohon pemeriksaan kesihatan saringan kesihatan Bio-Medical dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) dengan upah RM200 setiap urusan. Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban, berkata sepasukan pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya melancarkan operasi khas di tiga lokasi sekitar Setapak Jaya mulai 11.51 pagi Khamis lalu berdasarkan aduan awam dan risikan selama tiga minggu. Katanya, dua lelaki Pakistan berusia 27 dan 37 tahun yang dipercayai “dalang utama” ditahan hasil pemeriksaan ke atas dua kenderaan mencurigakan. “Turut ditahan enam lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki warga India dalam kenderaan itu. Mereka berusia 21 hingga 55 tahun,” katanya menurut Harian Metro. Beliau berkata, sindiket itu menawarkan perkhidmatan menyediakan pasport kepada warga asing tidak memiliki dokumen perjalanan. “Sindiket ini menggunakan pasport tulen milik individu lain atau tamat tempoh dengan meminda maklumat pada biodata bagi kemudahan warga asing memohon pemeriksaan kesihatan Fomema. Sindiket juga akan membawa warga asing yang dibekalkan pasport diubah suai ke klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.” Menurutnya, sindiket itu dipercayai beroperasi selama enam bulan dan kes disiasat mengikut Akta Pasport 1966 serta Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. News
Court rules purchasers’ suit against property owner must go to trial Posted on 08/11/2024 Eleven purchasers of retail units in the now-abandoned Empire Remix 1 project in Subang Jaya, Selangor, are suing property owner Projek Muara Sdn Bhd and developer True Renaissance Development Sdn Bhd over their failure to complete the project. KUALA LUMPUR: The High Court has rejected a property owner’s application to… Read More
Enggan berhenti, polis kejar 4WD dari Muar-KL Posted on 21/11/2024 Ketua Polis Johor M Kumar, berkata kenderaan dinaiki suspek rempuh palang tol di Jasin sebelum merempuh dan melepasi penghadang jalan di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat motif enam lelaki tempatan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dikejar sejauh 180km kerana enggan memberhentikan kenderaan. Ketua… Read More
Encorp Berhad CEO faces CBT charges of RM1.05m Posted on 14/11/2024 SHAH ALAM, Nov 14 — The chief executive officer (CEO) of Encorp Berhad, Hazurin Harun, 54, was charged in the Sessions Court today with two counts of criminal breach of trust (CBT) involving RM1.05 million last year. Hazurin pleaded not guilty after the charges were read to him before Judge… Read More