PM komited bantu urusan halal komuniti Islam Brazil Posted on 18/11/2024 Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berbincang dan bertukar pandangan soal pembangunan ummah bersama komuniti Islam Brazil, di Masjid Luz di Rio de Janeiro. (Gambar Bernama) RIO DE JANEIRO: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memulakan program dengan sesi diskusi santai bersama komuniti Islam di sini. Beliau turut menyatakan komitmen Malaysia dalam membantu urusan berkaitan halal, selain usaha memartabatkan agama suci itu menerusi pendidikan dan dakwah kepada komuniti Islam di Brazil. “Dalam pertemuan ini, kami dapat berbincang dan bertukar pandangan soal pembangunan ummah di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas bertemu wakil-wakil masjid tunggal di sini iaitu Masjid Luz. Mewakili Masjid Luz ialah Presidennya, Mohamed Zeinhom Mohamed El Fateh Mohamed Abdien, Imam Sancho Jorge Mulungo @ Adam, Timbalan Pengarah Jabatan Sosial Julia Leal Menezes, dan Pengarah Kewangan masjid berkenaan Abdullah al Masri. Turut serta dalam pertemuan itu ialah Menteri Luar Mohamad Hasan. Perdana menteri turut menyampaikan sumbangan kepada komuniti Islam, selain menyerahkan senaskhah al-Quran cetakan khas dan 10 lagi yang merupakan terjemahan dalam bahasa Portugis. Beliau berkata, Malaysia juga akan menggerakkan usaha bagi membantu aktiviti di Masjid Luz. Anwar tiba di bandar tepian pantai yang meriah dengan aktiviti pada Sabtu selepas menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi Apec (AELW) di Lima, Peru untuk lawatan rasmi pertamanya ke Brazil. Malaysia bersama 16 negara lain termasuk Chile, Qatar, Mesir, Singapura, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu, dan Vietnam juga adalah negara tetamu pada Sidang Kemuncak G20. Lawatan Anwar itu atas jemputan Presiden Brazil Lula da Silva. News
After Daim’s death, prosecutors drop asset declaration charge Posted on 20/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 20 — The prosecution today withdrew the charge against the late Tun Daim Zainuddin for failure to comply with a notice to declare his assets, citing his death. According to Free Malaysia Today, deputy public prosecutor Wan Shaharuddin Wan Ladin told the Sessions Court that the charge… Read More
2 beranak mengaku tak salah tipu pelaburan durian di Singapura Posted on 22/11/2024 Elly Co dan anak lelakinya didakwa memperdayakan mangsa melabur dalam perniagaan durian di Singapura yang tidak wujud sehingga mendorongnya memindahkan RM55,000 sebanyak dua kali. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura,… Read More
US banks to gain from Trump’s looser merger, capital policies Posted on 08/11/2024 A regulatory shift could bring relief to investors after a tough year for bank stocks hit by deteriorating loans. (AFP pic) NEW YORK: The banking industry is expected to win big as former president Donald Trump returns to the White House, ushering in Republican regulators who are expected to ease… Read More