Kekurangan bahan api paksa kenderaan kecemasan Gaza henti operasi Posted on 20/11/2024 Pertahanan Awam Gaza mengisytiharkan pemberhentian operasi bagi kebanyakan kenderaan pertahanan awam di wilayah Gaza kerana bahan api tidak mencukupi. (Gambar AP) BANDARAYA GAZA: Pertahanan Awam Gaza pada Selasa memaklumkan kebanyakan kenderaan kecemasannya terpaksa menghentikan operasi kerana kekurangan bahan api, menimbulkan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan semakin teruk di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA). “Kami mengisytiharkan pemberhentian operasi bagi kebanyakan kenderaan pertahanan awam di wilayah Gaza kerana bahan api tidak mencukupi. Ketika ini, kami beroperasi dengan hanya sebuah lori tangki air dan sebuah kenderaan penyelamat,” kata agensi itu dalam kenyataan. Pertahanan Awam Gaza menekankan kru kecemasan tidak dapat menjawab banyak panggilan penduduk mahupun sampai ke lokasi serangan Israel sejak pertengahan November. “Ini menandakan malapetaka kemanusiaan yang bakal berlaku, menambah penderitaan rakyat kita di Gaza ketika pencerobohan Israel berterusan,” kata pasukan itu. Ia turut memberi amaran krisis kekurangan bahan api, ditambah pemindahan paksa ribuan penduduk dari utara Gaza sangat menjejaskan keupayaan mereka menangani keperluan kemanusiaan kian meningkat di seluruh wilayah itu. Sejak 5 Okt lalu, Israel melancarkan serangan darat di utara Gaza atas alasan untuk menghalang kumpulan pejuang Hamas daripada berkumpul semula. Rakyat Palestin bagaimanapun menuduh Israel berusaha menduduki kawasan itu dan mengusir penduduknya secara paksa. Israel terus menyekat penghantaran bahan api ke wilayah terkepung itu, hanya menyediakan jumlah minimum yang gagal memenuhi keperluan krisis kemanusiaan. News
UPNM cadet attack: KL cops record statements from nine, including victim; to question main suspect today Posted on 11/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 11 — City police have stepped up their investigation into a case of alleged bullying at Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), following the injury of a 19-year-old male cadet. Kuala Lumpur police chief Commissioner Datuk Rusdi Mohd Isa said statements have been taken from the alleged victim… Read More
IGP: House arrest bill requires careful study and fine-tuning for effective implementation, public safety Posted on 20/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 19 –– The Royal Malaysian Police (PDRM) have expressed their hope that the new house arrest bill proposed by the government will be studied and fine-tuned to ensure an orderly implementation and guarantee public safety. Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Razarudin Husain said the new Act… Read More
Lebih 17,000 remaja hamil tanpa kahwin, kata Nancy Posted on 10/11/2024 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri, berkata 44,263 kes kehamilan remaja direkodkan sejak lima tahun lalu. (Gambar Freepik) KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri menyuarakan kebimbangan isu kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur, pembuangan bayi, dan pengguguran tidak selamat di negara ini. Beliau berkata, berdasarkan data… Read More