Wan Saiful gesa umum segera ‘exit strategy’ wakil U Mobile dalam DNB Posted on 22/11/2024 Pada 1 Nov lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengumumkan U Mobile yang dipengerusikan taikun Vincent Tan dipilih melaksanakan rangkaian 5G kedua negara. (Gambar U Mobile) PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) meminta kerajaan mengumumkan segera ‘exit strategy’ wakil U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) dalam Digital Nasional Bhd (DNB) susulan pemilihannya sebagai penyedia 5G kedua negara. Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, mempersoalkan mengapa Putrajaya belum mengarahkan wakil syarikat itu melepaskan jawatan dalam syarikat tersebut sebagai ahli lembaga pengarah DNB. Beliau yang juga ketua portfolio komunikasi Ahli Parlimen PN berkata, langkah kerajaan menganugerahkan spektrum kepada U Mobile membuatkannya sebagai pesaing kepada DNB iaitu syarikat bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan). “Apabila U Mobile ada wakil dalam lembaga pengarah DNB, adakah itu bermaksud kerajaan sengaja memberikan kelebihan yang tidak adil kepada U Mobile? Ini kerana wakil itu pasti ada akses kepada pelbagai maklumat sensitif mengenai operasi dan strategi DNB. “Kenapa pesaing dibiarkan mengumpul maklumat yang kemudian boleh digunakan untuk mengalahkan DNB?” katanya di Facebook. “Saya menuntut kerajaan segera mengumumkan ‘exit strategy’ bagi U Mobile dari DNB. Jangan teruskan ‘incompetence’ dengan membuat pengumuman tidak lengkap.” Pada 1 Nov lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengumumkan U Mobile yang dipengerusikan taikun Vincent Tan dipilih melaksanakan rangkaian 5G kedua negara. SKMM menjelaskan pemilihannya dibuat atas beberapa faktor seperti rancangan perniagaan dan teknikal, rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan, serta prestasi mereka dalam melaksanakan inisiatif prasarana lain. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan pemilihan U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G kedua negara muktamad dan tidak akan disemak semula walaupun berdepan kritikan. Beliau berkata, ini kerana pemilihan dibuat secara bebas oleh pasukan teknikal dan diputuskan sebulat suara bersama SKMM tanpa campur tangan kerajaan. News
Taipei closes probe into exploding pagers in Lebanon Posted on 11/11/2024 Gold Apollo’s president and founder Hsu Ching-kuang was questioned by Taipei prosecutors. (AP pic) TAIPEI: Taiwan today said it had closed a probe into pagers that exploded in Lebanon in September and caused a deadly blow to Iran-backed Hezbollah, saying no Taiwanese citizens or companies were involved. Israeli media reported… Read More
Roche in US$1.5 billion deal to buy Poseida Therapeutics Posted on 26/11/2024 The deal is due to close in early 2025. (EPA Images pic) ZURICH: Swiss pharmaceutical giant Roche said on Tuesday it has agreed to buy US biopharm firm Poseida Therapeutics for US$1.5 billion (€1.4 billion). Roche, the world’s number-one oncology group, will offer Poseida shareholders US$9.0 per share and add… Read More
Ahli Parlimen PAS gesa Jabatan Amal diberi elaun seperti Skuad Sabil Umno Posted on 13/11/2024 Abdul Latiff Abdul Rahman mendakwa Jabatan Amal diselia Pemuda PAS lebih berpengalaman mengendalikan operasi ketika bencana berbanding Skuad Sabil Umno. (Gambar PAS) KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen PAS mencadangkan kerajaan turut memberikan elaun kepada pasukan sukarelawan partinya dikenali Jabatan Amal dengan mengiktiraf sebagai sebahagian ahli Angkatan Pertahanan Awam (APM). Abdul… Read More