Johor negeri terbaru dilanda banjir Posted on 24/11/2024 Beberapa sungai di daerah Tangkak dan Segamat, Johor dilaporkan berada pada paras waspada. (Gambar JBPM) PETALING JAYA: Johor menjadi negeri terbaru dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, petang tadi, menempatkan 11 orang daripada empat keluarga. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Azmi Rohani berkata, dua sungai di daerah Tangkak, iaitu Sungai Kesang di Telok Rimba dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Ma’amor, serta Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat berada pada paras waspada. Sementara itu, sebanyak 250 orang mangsa masih berlindung di tujuh PPS di Terengganu setakat 8 malam tadi, berbanding 398 orang pada 8 pagi, lapor Bernama. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Terengganu (JPBNT), Marang menjadi daerah paling terjejas dengan 195 orang daripada 37 keluarga ditempatkan di empat PPS, iaitu Dewan Sivik Wakaf Tapai, SK Simpang Rawai, Dewan Sivik Mercang dan SK Pengkalan Berangan. Di Hulu Terengganu, 21 mangsa daripada lapan keluarga berada di PPS Masjid Hadhari Tok Randok, manakala di Dungun, 37 mangsa daripada sembilan keluarga berada di PPS Balai Raya Alor Mak Bah dan SK Tok Kah. Di Melaka, jumlah mangsa banjir menurun kepada 231 orang daripada 64 keluarga setakat 8 malam, berbanding 264 orang daripada 71 keluarga pagi tadi. Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, 181 mangsa ditempatkan di PPS SK Tanjung Minyak 2; 35 orang di PPS Kompleks Japerun Pantai Kundur; dan 15 di PPS SK Taman Bukit Rambai. Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaparkan jumlah mangsa banjir di Kelantan yang dipindahkan ke PPS SMK Beris Panchor, Bachok, kekal 40 orang daripada 11 keluarga malam ini. Setakat 8 malam, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan paras 8.73m, melebihi paras amaran 8m. Di Perak, satu-satunya PPS di Dewan Orang Ramai Simpang Halt di daerah Larut, Matang dan Selama, yang menempatkan 68 orang daripada 23 keluarga pagi tadi, ditutup sepenuhnya petang tadi, menurut Sekretariat JPBN Perak. Bagaimanapun, Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan melanda semua daerah di Perak pada malam ini, termasuk Larut, Matang dan Selama; Kerian; Manjung; Perak Tengah; Hulu Perak; Bagan Datuk; Hilir Perak; Kuala Kangsar; Kinta; Kampar; Batang Padang dan Muallim. News
WCE Banting-Gelang Patah dijangka pacu perubahan kawasan sepanjang laluan Posted on 10/11/2024 Perdana menteri bulan lepas mengumumkan WCE Banting-Gelang Patah yang mengguna pakai pendekatan Kerjasama Awam-Swasta akan diberi keutamaan tahun depan. (Gambar Bernama) PONTIAN: Pembinaan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) jajaran Banting ke Gelang Patah dijangka memacu perubahan pembangunan kawasan terlibat. Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan berkata, pembinaan WCE di… Read More
Trump taps Elise Stefanik to be UN ambassador Posted on 12/11/2024 Elise Stefanik took a Republican leadership position in the House of Representatives in 2021. (AP pic) WASHINGTON: Donald Trump has chosen Republican representative Elise Stefanik to serve as US ambassador to the United Nations, the president-elect said in a statement shared with Reuters today. “I am honoured to nominate chairwoman… Read More
Two suspects arrested in Miri over fatal Bintulu hotel shooting Posted on 08/11/2024 BINTULU, Nov 8 — Police have arrested two suspects in connection with the fatal shooting of a man on the fourth-floor car park of a hotel here around 11pm last night. The victim was found covered in blood and medical personnel later declared him dead at the scene. Bintulu police… Read More